(Gambar) Akhirnya.. Fitnah Jahat Ini Terbongkar
Sehari dua ini, sekeping gambar menunjukkan sekumpulan gadis muda
memakai tudung berada dalam gereja disebarkan menerusi aplikasi Whatsapp
dan media sosial dengan keterangan gambar, orang Melayu dimurtadkan
beramai-ramai.
Diharapkan mereka yang menerima kirimin ini tidak menyebarkannya kerana ia adalah satu fitnah yang sengaja diada-adakan.
Hakikat sebenarnya, para gadis bertudung tersebut adalah penuntut
Fakulti Ilmu Tarbiyah dan Keguruan dari IAIN Walisongo yang menyertai
Pergerakan Mahasiswa Islam Indonesia (PMII) Abdurrahman Wahid.
Gambar tersebut diambil ketika mereka mengunjungi gereja Pastoran Kebon
Dalem, Semarang, Indonesia, 31 Mei lalu dalam satu lawatan muhibah yang
dianjurkan untuk lebih memahami fahaman dan Gereja Katolik.
Gambar di bawah menjadi buktinya.
Tidak kira apa pun alasan diberikan pihak yang memulakan dan
memanjangkan penipuan ini, fitnah adalah satu perbuatan yang dikeji
dalam Islam. ~mynewshub
KEMASKINI
PETALING JAYA: Polis Diraja
Malaysia (PDRM) mengesahkan gambar sekumpulan penganut Islam yang
terlibat dalam aktiviti keagamaan di sebuah gereja yang tersebar di
laman media sosial bukan berlaku di Malaysia.
Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Asisten Komisioner Asmawati Ahmad berkata, polis setakat ini tidak menerima sebarang laporan rasmi berhubung isu tersebut.
(IH)
KEMASKINI
Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Asisten Komisioner Asmawati Ahmad berkata, polis setakat ini tidak menerima sebarang laporan rasmi berhubung isu tersebut.
(IH)
Najib dan UMNO/BN memang memelihara perosak Negara semua NGO yang mesera UMNO mendapat grant peruntukan tahunan itulah sebabnya mereka berani keluarkan apa saj kenyataan yang menyangah undang-undang dalam perlembagaan. terutama NGO dikeplai oleh manta ahli UMNO atau macai-macainya.
ReplyDeletePelik betul. Yang buat fitnah sebegini adalah orang Islam. Tak tahu ke perbuatan ini berdosa. Orang kafir pun ada maruah. Tak sanggup buat fitnah sebegini
ReplyDelete