JOM KREATIF
Seperti di gambar-gambar ini, heboh diperkatakan perempuan seksi yang tidak diketahui namanya beraksi di pasar tradisional di Daerah Fengrun, Tangshan, Provinsi Hebei. 'Pertunjukan fesyen' tunggal yang ia lakukan, wanita tersebut berlenggak-lenggok di antara gerai-gerai peniaga sambil mengenakan pakaian dalam yang ia jual.
Rupanya ini adalah cara yang digunapakai oleh majikan wanita itu bagi melariskan dagangannya. Akibat aksi peniaga ini, para pengunjung pasaran langsung mengerumuni gerai dagangan tempatnya bekerja. Mereka sibuk menyaksikan penampilan peniaga yang dengan penuh percaya diri mempamerkan pakaian dalam dagangannya.
Photo by Rocketnews24
Reaksinya, pengunjung, mulai dari lelaki hingga ke kaum ibu mengeluarkan telefon bimbit lantas mengambil gambar peniaga. Wanita itu pula sengaja berpose seksi, 'berpakaian telanjang' di hadapan kamera. Lelaki pun ikut mengulas 'nakal' menyaksikan penampilan wanita seksi tersebut. Pengunjung pasaran semakin heboh apabila juru niaga menukar pakaian dalam depan umum sehelai demi sehelai, tepi gerai tanpa merasa malu.
Yang jelas para peniaga cantik dan seksi tersebut berjaya menarik perhatian orang ramai, akhirnya tertarik untuk membeli. Entah apakah cara itu berjaya mengangkat jualan pakaian dalam, yang dijual majikannya tidak dapat dipastikan. Begitulah kreatifnya peniaga-peniaga di negara itu dalam cubaan meningkatnya jualan.
Dalam Islam berniaga atau mencari pelaris sehingga menggadai maruah dan akhlak agama amat dilarang. Tapi, bagi puak berniaga tak kira halal-haram, tak peduli dunia akhirat, bagi mereka bagus, kreatif! Mungkin akan datang berlaku di Malaysia? (IH)
6 comments:
klau lebai pas @ mt sabu tgk ni kajong terus anunya kahkahkah!
Begitulah buruknya komen anak didik umno.
Rakyat jadi rosak kerana tangan-tangan setan ini..
klau ustaz umnio @ najib tgk ni terus kata halal kahkahkah!
mesti dapat sijil halal...songkok tinggi jamil khi gerenti terbang
aku yakin mat sabu & tuan secretary general PAS suka benda ni..
dah terbukti, kan.. kan.. kan..
Anuwar ske tgk benda lucah camni
Post a Comment