KUALA LUMPUR: Satu himpunan akan diadakan pada 23 Jun ini di hadapan Bangunan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi membantah tindakan perobohan rumah penduduk di Kampung Chubadak Tambahan.
Jurucakap penganjur himpunan, Pertahankan Kampung Tradisi dan Warisan Bangsa & Peneroka Bandar (Anak Warisan) berkata, himpunan tersebut diadakan bagi membantah tindakan zalim DBKL itu.
Himpunan diadakan dengan kerjasama Lanjah Tanah PAS Pusat.
Pengerusi Lajnah Tanah PAS Pusat, Mazlan Aliman berkata DBKL bertindak tidak profesional apabila meroboh tiga buah rumah tanpa mempedulikan injunksi yang diperolehi penduduk daripada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
"Kita mengecam tindakan DBKL, walaupun kes ini masih lagi dalam proses mahkamah mereka tetap meroboh rumah tersebut.
"Sehingga sekarang tiga buah rumah telah diroboh, sikap yang tidak bertanggungjawab dan zalim DBKL apatah lagi bulan Ramadan hampir tiba," jelasnya.
Beliau turut melahirkan kerisauan terhadap rumah-rumah penduduk yang lain.
"Kita mensasarkan seramai dua ribu orang akan hadir membantah tindakan DBKL.
"Kita menyeru atas dasar keperihatinan dan sikap perihatin, seluruh rakyat negara ini termasuk NGO perlu hadir memberi sokongan," katanya.
Sementara itu Pengerusi Anak Warisan, Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi menegaskan isu kampung warisan menjadi tanggung jawab semua dan perlu dipertahankan. Jelasnya, tindakan DBKL membelakangi prosiding mahkamah dilihat sebagai tidak menghormati serta menghina mahkamah.
"Kita ingin tegaskan kes Kampung Chubadak Tambahan masih lagi dalam prosiding mahkamah.
"Tindakan DBKL meroboh adalah dilihat tidak bertanggungjawab dan menghina mahkamah, ini merupakan satu malapetaka kepada penduduk kampung tersebut," katanya.
Menurut beliau, pada himpunan tersebut itu nanti satu memorandum hasil perbincangan dengan penduduk akan diserahkan kepada Datuk Bandar DBKL. Pihanya juga berharap DBKL tidak akan melakukan apa-apa kerja meroboh sehingga Hari Raya Aidilfitri dan menghormati prosiding mahkamah.
Dalam pada itu, Mazlan turut menyatakan kesediaan untuk memperjuangkan isu ini sehingga penduduk menerima keadilan. - HARAKAHDAILY 17/6/2014
Jangan lupa puak umno yg memperjuangkan hidup melayu ,jangan nanti datang kata mampos melayu demi wang dan kuasa kah kah kah tettipu juga orang melayu kesudahannya. Umno celaka haram jadah.
ReplyDelete