Ungkap Rahsia Yang Maha Agung
PULAU apa?
Di bahagian selatan Lautan Pasifik , ada sebuah kepulauan kecil Inggeris yang bernama Pitcairn Island . Sekarang , penduduknya hanya 48 orang yang tinggal disana . Mereka adalah berketurunan asal dari
buruan pemberontak Inggeris yang mula menetap di sana pada awal tahun
1800an.
Pulau kecil di Tengah Lautan Pasifik ini hanya ada 48 warga penduduk . Anda nak jadi warga ke 49 ke? Atau boleh jadi warga Islam pertama di sana? Jom kita lihat keunikannya..
Kerana menuju ke sana tidaklah mudah dan kurang didapati gambar-gambar dari Pitcairn, maka mari kita lihat informasi dari Tony Probst , 54 , yang menerbitkan fotonya di Bussiness Insider. Dia sudah mengenal hampir semua penduduk disana , bahkan dia sudah dianggap sebagai duta pulau itu.
Pulau ini terletak di tengah selatan Lautan Pasifik. Lihat peta di atas. Ini pula adalah pemandangan dari pulau tersebut.
Kebanyakan medan disana sangat berat dan bergunung-gunung.
Tapi yang penting, pulau ini dikelilingi oleh pemandangan alam yang
sangat indah.
Dan tempat ini pun sangat aman. Beberapa penduduk
meninggalkan rumah mereka dalam keadaan terbuka, kerana memang tidak ada
pintu. Selama 5 tahun, 80% populasinya berumur lebih dari 65 tahun. Di
bawah ini adalah Irma, 87, penduduk tertua Pitcairn.
Penduduk paling muda berumur 3 tahun . Emily , gambar bawah , adalah salah satu dari 8 anak yang ada di pulau .
Penyebab kematian utama di pulau ini adalah kerana faktor usia . Kerana tempat ini sangat menenangkan dan damai , dikatakn kebanyakan penduduk di sini berumur mencapai 90 tahun .
Madu , gambar bawah , adalah satu - satuya produk eksport pulau ini . Warga mempacking box madu ini bersama - sama . Sedangkan untuk import , warga bergantung kepada kapal yang berlabuh dari New Zealand .
Ulang tahun menjadi festival yang sangat meriah . Warga mempunyai ikatan yang kuat satu sama lain . Tidak hanya para warga mengetahui siapa namamu , tapi juga nenek moyang .
Faktanya , pulau ini sangat terpencil . Jika kamu sakit , kamu harus menempuh perjalanan jauh ke New Zealand
untuk menjalani rawatan , dan tidak akan boleh kembali ke pulau selama
kurang lebih 3 bulan lamanya .
Dikatakan bahawa , perkara yang paling disukai oleh warga pulau ini
adalah keindahan alam yang dapat mereka nikmati pada bila-bila pun ,
termasuk sunrise dan sunset yang menawan .
Dalam
keramaian dunia moden saat ini , di mana dunia selalu berhubung dengan
tekonolgi digital dan penih iklan , Pulau Pitcairn mengingatkan kita, bahawa kehidupan yang sederhana dan dekat dengan alam sungguh-sungguh, memang ada .
Ini juga menjadi bukti terungkapnya, rahsia kewujudan Yang Maha Agung. Subhanallah!
Lihat juga..
E-Buku IH-22: Ungkap Rahsia Yang Maha Agung
No comments:
Post a Comment