Seorang pelumba basikal, Rolf Steiner ternampak haiwan itu di atas bumbung licin dan curam sebuah rumah di kawasan ladang berhampiran bandar Bern.
"Saya tidak percaya dengan apa yang saya lihat dan terpaksa melihat sebanyak tiga kali untuk memastikan apa yang saya lihat adalah benar. Seekor lembu berada di atas bumbung," katanya.
Lembu itu akhirnya berjaya mencari jalan pulang ke padang rumputnya, tetapi malangnya kepingan-kepingan jubin bumbung telah pecah.
"Dia sentiasa menjadi binatang yang paling cepat menaikkan kemarahan saya, sentiasa mahu saya ikut kehendaknya, bukan saya," jelas pemilik ladang, Dieter Mueller.
"Dia akan berada di sana untuk selama-lamanya jika dia mahu. Saya cuba untuk memujuknya supaya turun apabila pertama kali melihatnya di situ tetapi dia tidak akan berganjak.
"Dia memerlukan 'masa manisnya' sendiri. Dan saya akhirnya ditinggalkan dengan bil-bil untuk menggantikan jubin yang pecah," katanya. (IH)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kau lebih cerdik dari manusia yang sudah sesat ke hujung jalan, tapi tidal mahu kembali ke pangkal jalan.
1 comment:
Permodenan. Lembu kau pun ingin jadi moden. Macam sentiasa imej Islam, berkopiah, bertudung makan di restoran cina... he..he..halal semacam je..
Kawan baik saya seorang cina, jangan percaya sangat dengan restoran cina muslim berstatus halal(kecuali jelas latar belakang nya) kerana pemilik nya ternyata tidak muslim...
he..he..Cow Kau ikut "Dia sentiasa menjadi binatang yang paling cepat menaikkan kemarahan saya, sentiasa mahu saya ikut kehendaknya, bukan saya," jelas pemilik ladang, Dieter Mueller. "Dia akan berada di sana untuk selama-lamanya jika dia mahu. Saya cuba untuk memujuknya supaya turun apabila pertama kali melihatnya di situ tetapi dia tidak akan berganjak. "Dia memerlukan 'masa manisnya' sendiri. Dan saya akhirnya ditinggalkan dengan bil-bil untuk menggantikan jubin yang pecah," katanya. (IH)
Post a Comment