KAMI
mengalu-alukan langkah terbaru untuk mewujudkan satu perjanjian
perpaduan di antara pemimpin-pemimpin Palestin di Tebing Barat dan Gaza.
Adalah dengan harapan yang tinggi, pertikaian yang sedemikian lama yang dihadapi oleh kedua-dua pihak , Fatah dan Hamas, sepatutnya diselesaikan dan perpaduan akan memberi peluang untuk perjuangan yang lebih kompak dan bersatu padu untuk membela nasib rakyat Palestin.
Kami sedia maklum bahawa kerajaan baru yang mengangkat sumpah pada hari Isnin baru-baru ini akan diharap menjadi suara yang lebih kukuh dan padu untuk terus mendesak agar Palestin dibebaskan.
Pengumuman yang dibuat oleh Mahmud Abbas bahawa, " Hari ini, dengan pembentukan kerajaan konsensus kebangsaan , kami mengumumkan pengakhiran kepada perpecahan Palestin yang telah banyak memudaratkan negara kita " sudah pasti mempunyai kesan yang besar dalam mana-mana perjanjian semasa dan akan datang dengan Israel.
Kami menyokong bahawa kerajaan konsensus itu adalah untuk "semua rakyat Palestin " sebagaimana yang diucapkan oleh pegawai-pegawai Hamas dan jurucakap Hamas Sami Abu Zuhri apabila kabinet baru mengangkat sumpah yang terdiri daripada calon bebas politik dilakukan di Ramallah.
Kami mengutuk perbuatan pihak berkuasa Israel yang menghalang tiga wakil Gaza untuk ke Ramallah untuk mengangkat sumpah dalam kerajaan baru itu. Kami mendesak agensi antarabangsa untuk campur tangan jika Israel mengambil langkah untuk mengagalkan perjanjian perpaduan antara Fatah dan Hamas itu.
Reaksi Perdana Menteri Israel ,Benjamin Netanyahu , iaitu " kami amat khuatir " dengan keputusan Amerika Syarikat yang ingin mengekalkan hubungan dengan kerajaan Palestin baru itu, tanpa ragu lagi, mencerminkan agenda lama Israel untuk memecahbelahkan rakyat Palestin demi mengekalkan penguasaan mereka ke atas tanah Palestin.
Israel tidak mempunyai hak untuk menghalang sebarang usaha kumpulan Palestin untuk bersatu serta mendapatkan sokongan daripada komuniti antarabangsa. Inisiatif pihak Palestin untuk mengujudkan satu kesepakatan antara mereka adalah hak mutlak mereka demi menentukan masa depan mereka .
Komen Benjamin Netanyahu itu sepatutnya memberi isyarat kepada dunia bahawa Israel bertekad untuk meneruskan pendekatan pecah dan perintah untuk berhadapan dengan gerakan penentangan dari pejuang-pejuang Palestin.
Kata beliau " Semua pihak yang benar-benar tulus mencari keamanan mesti menolak penerimaan Hamas oleh Presiden Abbas " , menggambarkan sikap hipokrit Perdana Menteri Israel. Sejak bila Israel bersifat " tulus" untuk keamanan?
Kami menyeru masyarakat dunia supaya memulaukan kerajaan Israel kerana pendiriannya yang menentang perjanjian yang dimeterai antara Fatah dan Hamas. Masyarakat antarabangsa perlu mengutuk pendirian Israel yang tidak munasabah itu.
Pakatan yang dibuat oleh Hamas dan Fatah untuk kebaikan semua rakyat Palestin, sepatutnya disambut baik oleh dunia kerana adalah jelas bahawa perpaduan adalah satu-satunya cara untuk menangani banyak pencabulan hak asasi manusia yang dihadapi oleh rakyat Palestin sejak penguasaan tentera Israel ke atas Palestin.
Dengan wjujudnya perpaduan antara pentadbiran di Gaza dan Tebing Barat dan penubuhan kerajaan yang baru ditubuhkan, kami menuntut agar pengepungan ke atas Gaza oleh Israel dihentikan dan sempadan Rafah dibuka dan beroperasi semula secara normal untuk memungkinkan orang ramai mempunyai akses merentasi sempadan Rafah ke Gaza.
Masyarakat dunia sepatutnya menuntut pihak berkuasa Mesir supaya membolehkan aliran yang lancar untuk rakyat dan barangan masuk dan keluar Gaza tanpa sekatan. Penamatan pengepungan ke atas Gaza, yang dikenakan oleh Israel secara haram sejak 2006 , seharusnya menjadi tumpuan seterusnya oleh kerajaan Palestin yang baru.
Pengepungan oleh Israel adalah hukuman kolektif ke atas penduduk Gaza yang telah memilih Hamas secara demokratik pada tahun 2006. Pengepungan ke atas darat, laut dan udara Gaza secara unilateral dan secara haram yang dikenakan oleh Israel sejak kemenangan pilihan raya Hamas pada tahun 2006 ketika Pilihanraya Majlis Perundangan Palestin , menyebabkan Gaza menjadi penjara terbuka yang terbesar didunia .
Malangnya masyarakat dunia kelihatan tidak berdaya bertindak , dikala kemusnahan hampir setiap infrastruktur, kematian rakyat awam, penafian bantuan kemanusiaan ke Gaza dan pengeboman terowong , disebabkan serangan kejam Israel dalam dua pencerobohan dilancarkan terhadap Gaza. Kehidupan di Gaza sangat rumit dan tidak berperikemanusiaan . Usaha menamatkan kepungan ke atas Gaza mesti menjadi keutamaan oleh masyarakat dunia demi menyokong kerajaan perpaduan itu.
Mengakhiri pengepungan ke atas Gaza adalah perkara paling utama. Perjanjian perpaduan perlu melonjakkan usaha untuk menghentikan pengepungan melalui mobilisasi antarabangsa. Dunia mesti berdiri bersama-sama dengan Palestin untuk menamatkan sekatan itu.
Kami menggesa semua kerajaan dan agensi-agensi antarabangsa memberikan sokongan penuh dan sokongan kepada kerajaan perpaduan Hamas dan Fatah untuk mencapai matlamat dalam mengembalikan hak-hak rakyat Palestin.
Kami menyokong sambutan baik PBB yang mengiktiraf kerajaan baru Palestin dan menyatakan kesediaan untuk memberi sokongan penuh untuk menyatukan kembali Tebing Barat dan Semenanjung Gaza. Bantuan kewangan untuk pembangunan Palestin harus dipercepatkan dan tidak boleh terjejas oleh pengurusan dana yang tidak efesien.
Kami menyeru kepada kerajaan Malaysia dan masyarakat antarabangsa untuk mengiktiraf kerajaan baru itu dan terus menyokong kepimpinan politik Palestin. Malaysia perlu mengambil inisiatif untuk mengusulkan kepada OIC dan PBB untuk membina momentum sokongan kepada kerajaan perpaduan Palestin.
Mohd Azmi Abdul Hamid, Presiden MAPIM
Abdul Ghani Samsudin, Pengerusi Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia
Ahmad Awang, Timbalan Pengerusi Kesatuan Ulama Muslimin Sedunia Malaysia
SM Mohd Idris, Pengerusi Citizens International
Mohideen Kader, Penyelaras Universal Justice Network
Dr Roslan Mohd Nor Malaysian Association of Ulama
Wan Tarmizi Abdul Aziz, Pengupayaan Melayu
Aminah Zakariah, Pengerusi, Salimah
Mohd Ibrahim, Pengerusi Rahmat Care
Komen Weblog Ibnu Hasyim:

- Weblog ini juga mengalu-alukan langkah terbaru untuk mewujudkan satu perjanjian perpaduan di antara pemimpin-pemimpin Palestin di Tebing Barat dan Gaza.
- Kalau di Malaysia ada parti Islam (PAS) dan parti kebangsaan (UMNO), maka wajarkah di Palestin, kumpulan yang sama disebut Parti Hamas dan Fatah?
- Apakah akan berlaku 'Kerajaan Perpaduan' (PAS- UMNO) di Malaysia seperti Hamas-Fatah di Palestin? Atas isu hudud atau lain-lain?
- Maaf, hanya percambahkan idea..
Baik jangan nanti UMNO jadi melampau sebab dah takde ulama yang berani tegur. ada baiknya keadaan sekarang ni dikekalkan. Satu kerajaan satu pembangkang. UMNO sokong hudud tu bukanlah sokong ikhlas admin jangan terpedaya tu semua wayang UMNO. Walaupun bercanggah politik jangan sampai ukhwah berpecah.
ReplyDeleteT. kasih
ReplyDelete