Thursday, June 12, 2014

Kes Jenazah: Exco HEAIPP Kecam Jabatannya Sendiri?








Exco Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang, Datuk Abdul Malik Kassim (gambar) meminta maaf ke atas insiden rampasan jenazah baru-baru ini yang menurutnya dilakukan tidak mengikut prosedur.

Malik mengecam tindakan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) yang disifatkannya tidak sensitif.

"Selaku Exco Hal Ehwal Agama Islam dan bagi pihak JHEAIPP juga memohon maaf kepada keluarga si mati, di atas insiden yang berlaku pada 9 Jun itu.
"Tindakan pegawai JHEAIPP dianggap kurang sensitif tentang adat resam, agama dan perasaan ibu si mati Tan Mah Suan yang berusia  64 tahun dan keluarganya semasa sedang menghadapi saat mendukacitakan," katanya.

Beliau juga menjelaskan tindakan oleh pegawai jabatan agama tersebut membelakangi prosedur yang sepatutnya dipatuhi.

"Sepatutnya pegawai JHEAIPP berkenaan  mengambil kira perasaan kaum keluarga dan terlebih dahulu mendapatkan pandangan daripada pengarah JHEAIPP, Bahagian Penguatkuasa JHEAIPP, Jabatan Mufti dan Pegawai Agama Daerah sebelum mengambil tindakan selanjutnya," katanya.
"Saya berjanji dan akan memastikan perkara sebegini tidak akan berulang lagi."

Kontroversi tercetus selepas pegawai jabatan agama diiringi pegawai polis merampas jenazah wanita meninggal dunia yang didakwa memeluk Islam, Teoh Cheng Cheng, 38. Cheng Cheng, seorang pelayan berumur 38 tahun dilaporkan meninggal dunia Sabtu lalu selepas menggantung diri di rumahnya di Lebuh Macallum, Pulau Pinang selepas bertengkar dengan teman lelakinya.
 
Mayat beliau sepatutnya disemadikan petang Isnin lalu mengikut upacara adat Tao tetapi dihentikan oleh oleh pegawai jabatan agama yang datang menuntut mayatnya. Selepas perbincangan, keluarga mendiang membenarkan jenazah tersebut diambil.

Namun, keluarganya mengubah fikiran dan berjumpa dengan kepimpinan negeri Pulau Pinang termasuk Ketua Menteri Lim Guan Eng bagi meminta bantuan untuk menyemadikan beliau mengikut agama mereka. Sehubungan itu, mereka memfailkan permohonan itu di Mahkamah Tinggi Syariah petang semalam. – 11 Jun, 2014.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: JHEAIPP menjalankan tugasnya dengan baik, menguruskan mayat orang Islam. Semuanya beres, masalah-masalah yang timbul itu biasalah. Mengapa JHEAIPP mesti dikecam, sepatutnya dibela dan dipuji?

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails