HALAMAN HIBURAN
WEBLOG astrogempak.com melaporkan..
Saya Hanya Cium Di Pipi, Bukan Mulut – Nabil Ahmad
Beberapa minggu yang lalu, pelawak Nabil Ahmad dan keluarga telah
pergi bercuti ke kota Paris. Namun percutian mereka sekeluarga mendapat
perhatian umum selepas Nabil dikatakan memuat naik foto dia sedang
mencium isterinya, Nazirah Ayub menerusi laman Instagram miliknya.
Foto tersebut mengundangkan teguran oleh para peminatnya yang merasakan ianya kurang sesuai untuk dikongsi bersama kepada umum. Menurut Nabil, dia kecewa mengapa ada sesetengah individu yang kurang
senang dengan foto tersebut sedangkan foto tersebut hanya menunjukkan
dia mencium pipi isterinya.
“Saya pun pelik, kenapa sesetengah orang tidak senang dengan gambar itu, saya hanya cium di pipi bukan cium mulut.
“Saya cium isteri saya dan bukan
orang lain, kadang-kadang saya pelik artis lain yang belum berkahwin
pergi bercuti bersama rileks jer, tak pulak kecoh kecoh,” katanya
ditemui selepas sidang media majlis pelancaran sitkom terbaru Astro
Warna, Cakap Melayulah di Unitar, Petaling Jaya.
Jelas Nabil lagi, setiap perkara
perlu dilihat secara positif contoh terdekat dalam hal seperti ini dia
menganggap pasangan berkahwin pada usia yang awal, kemesraaan suami
isteri masih mekar.
Dalam pada itu, Nabil turut terlibat dalam menjayakan Sitkom Cakap
Melayulah yang akan mula bersiaran pada 23 Jun ini jam 10.30 malam di
Astro Warna saluran 132.
Nabil memegang watak sebagai Cikgu
Daud di pusat Tuisyen Bahasa Malaysia yang turut dibintangi Shahrol
Shiro, Jasmin Hamid dan Khatijah Tan.
Komen Weblog Ibnu Hasdyim: Hanya sekadar mencari kejernihan, bukan memburuk-burukkan atau menghina sersiapa. Ikuti soal-jawab ini..
[ Saya baru balik dari Mekah dan saya mencium isteri saya di khalayak ramai.
Apa hukum cium ini?
Ustaz Azhar Idrus yang cool jawab:
#bahasa jawapannya aku ringkaskan dan cuba translate jadi bahasa senang faham sikit. Takut ada yang tak faham Ustaz speaking na na naa teganung kiteeee...
Heheee... Dia tanya bab cium! :)
Mula-mula nak tahu dulu, cium kat mana? Kalau cium tangan, BOLEH... takde masalah! Tapi kalau cium mulut... cium pipi... ni adalah menggugurkan maruah. Jangan bercium di khalayak ramai gitu... Betul la bini mu... tapi kita kena jaga jugak benda2 macam ni...
Cium tangan sudah la... Nak cium lebih, balik rumah!
Kalau berjalan pun cam tu jugak... tak leh berpeluk ngan bini kita. "doh bakpe tokleh peluk doh bining kite!" -> "dah tahu bini mung,... doh bakpe mung tok gi jimak kat roundabout nyer?"
Tak boleh... pimpin tangan jer dah la... Ni berpeluk peluk cam belangkas. Orang tegur, dia jawab "bining aku, suka aku lah..." Tak leh la ikut pandai gitu... Ada adab2 di luar rumah, depan orang, belakang orang... depan anak pun tak boleh dah!
nak gini-gini, tunggu masuk bilik k... sila bawak bertendang! ngehehehee...
Soalan lagi:
Lepas majlis akad nikah, suami cium isteri di depan tetamu bukan mahram. Boleh ke?
Ustaz Azhar Idrus jawab:
Ni banyak berlaku. Lepas akad nikah pastu cium. Jangan buat gitu... Batal air sembahyang ni, buat dalam bilik karang. Ok la... kita tengok contoh 70-an... Cukuplah dengan pengantin lelaki hulur tangan, isteri dia cium.
Yang tu elok jugak... Ni sekarang cium pipi... pastu cium dahi. Dalam 5
tahun lagi, romen terus depan tok imam. Jadinya, macam kahwin
pengantin2 di gereja...
Sekarang ni ada pra wedding pulak... Ni semua ni karut la belaka
ni... Belum nikah lagi tapi macam nikah sungguh dah... Siap ngan
duduk... siap ngan pimpin tangan... siap terguling... Ni semua manusia lara.
Tunang sekarang pon dah sanding dah! Makin hari makin pelik... makin pelik. Jadi, kita buang balik semua yang lara ni... dan kita kembali bermula dengan sunnah... Biarlah low profile... sederhana sudah... Yang penting, kehidupan kita selepas pernikahan...
(dari naachik.blogspot.com)
Ustaz Azhar Idrus-Cium Isteri Depan Orang Ramai - YouTube | |
www.youtube.com.my/watch?v=V5PBnF9tIg429 Jun 2011 - 6 min - Dimuat naik oleh Tok Batin Ustaz Azhar Idrus-Cium Isteri Depan Orang Ramai ..... Ustaz Azhar Idrus - Hukum ... ] |
1 comment:
Satu2 perempuan yg boleh kita cium pipi di depan khayalak ramai ialah ibu dan nenek kita yg sudah tua. Org tgk tak geli .. hahaha
Post a Comment