Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau tidak akan meletakkan jawatan sebagai menteri besar Selangor walaupun kalah dalam pertandingan timbalan presiden PKR, lapor Portal Malaysiakini.
"Tidak ada peruntukan yang menyatakan jika anda kalah dalam pertandingan parti, anda harus meletakkan jawatan sebagai menteri besar," kata Khalid dalam satu sidang media di Pulau Indah, Pelabuhan Klang hari ini.
Khalid berkata, kekalahan dalam pertandingan tiga penjuru itu tidak relevan dengan jawatannya sekarang, kerana untuk menjadi seorang menteri besar, beliau hanya perlu menjadi Adun Selangor.
"Bagaimana jika kalah sebagai ahli Parlimen, jadi tidak boleh menjadi menteri. Itu OK. Tetapi jika kamu seorang ahli Parlimen, kamu akan kekal sebagai ahli Parlimen sehingga pilihan raya umum akan datang," katanya.
Khamis lepas, Khalid dikalahkan oleh pencabarnya, S Manikavasagam dalam perebutan Ketua Cabang PKR Kuala Selangor. Manikavasagam mendapat 701 undi manakala Khalid 515 sahaja. – 28 Jun, 2014. (TMI)
Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-89: Anwar-Khalid -Gelombang Kopi Dalam Cawan?
No comments:
Post a Comment