Tuesday, June 03, 2014

Kontroversi Kahwin Ikut Adat Hindu -Komen Dr Dzulkefly Ahmad.

 
Seorang pemimpin kanan PAS Dr Dzulkefly Ahmad berkata Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) wajar memeriksa status agama seorang pengantin wanita yang berkahwin mengikut adat Hindu dalam satu upacara kontroversi, Ahad lalu.

Katanya, JAIS wajar bertindak demikian terlebih dahulu, sebelum membuat apa-apa tindakan lanjut termasuk serbuan kerana ia boleh mencetus perbalahan agama.

"Adalah wajar JAIS ambil tindakan melalui maklumat lengkap dan sahih.
"Kita tahu serbuan ke atas perkahwinan itu boleh mencetuskan perbalahan agama.
"Jadi keperluan untuk mendapatkan maklumat yang tepat mesti diteliti dengan cermat," katanya ketika dihubungi Malaysiakini.

JAIS hari ini menjelaskan bahawa jabatan tersebut hanya membuat pemeriksaan di majlis perkahwinan tersebut dan tidak menjalankan apa-apa serbuan seperti dilaporkan sebelum ini. Timbalan ketua pengarahnya Ahmad Zaki Arshad dilaporkan berkata, petugasnya juga hanya mengambil keterangan daripada pengantin wanita tersebut.

Katanya tindakan itu untuk memastikan taraf agama pengantin wanita tersebut, yang turut diminta tampil ke pejabat JAIS di Shah Alam untuk siasatan lanjut. Laporan Sinar Harian semalam menyebut JAIS menahan pengantin berkenaan, seorang wanita berusia 32 tahun ketika upacara perkakwinan sedang berlangsung bersama pasangannya, seorang lelaki beragama Hindu.

Wanita yang lengkap berpakaian pengantin itu ditahan oleh pasukan anggota JAIS di Petaling Jaya pada kira-kira jam 10 pagi. Beliau seterusnya dibawa ke ibu pejabat pihak berkuasa tersebut untuk siasatan, hari Ahad lalu. Operasi tersebut dijalankan dengan bantuan anggota polis yang berkawal di luar kawasan majlis tersebut, manakala keluarga mempelai memberi kerjasama baik, lapor akhbar tersebut.






JAIS dilaporkan menjalankan siasatan mengikut Seksyen 4 Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan di Kalangan Orang Islam) 1988. Peruntukan itu meliputi kesalahan memujuk, mempengaruhi atau menghasut orang beragama Islam supaya mengubah keimanan. Laporan yang memetik satu sumber tidak dinamakan itu menyebut, bapa wanita tersebut yang beragama Hindu sebelum ini menukar agama wanita berkenaan kepada Islam.

“Wanita itu tidak mengetahui bapanya mendaftarkan dia dan tiga adik-beradiknya sebagai beragama Islam.
“Wanita itu hanya mengetahui perkara itu selepas saudara terdekat melihat sijil kelahiran (status agama) mereka tercatat agama Islam,” kata sumber berkenaan seperti dipetik akhbar harian itu. (MK)

3 comments:

Unknown said...

Dengan Nama Allah SWT
Yang hairannya semasa pasangan tersebut mendaftar di pejabat ( Register of Marriage ) perkawinan takkan pihak yang menerima borang untuk nikah atau kawin untuk pasangan tersebut tak menyelidiki status agama yang tertera kad pengenalan pasangan yang nak berkawin ???. Bab JAIS ni standard nak kan publisiti katakan . Konon pihak JAIS buat kerja lah

Anonymous said...

boleh tak kalau PAS tak masuk campur dalam hal ini?

suka sangat mengomel

Anonymous said...

pas parti islam memang sepatutnya mengambil berat urusan islam dan org islam,umno parti melayu jaga org melayu saja lah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails