Sunday, June 08, 2014

Mesir Larang Ulama Tanpa Tauliah Berkhotbah, Ikut Cara M'sia..


Mesir larang ulama tanpa izin berikan khotbah di masjid
Sebuah poster Abdul Fattah al-Sisi terlihat di sebuah kios di depan Masjid Al-Azhar di Kairo,pada 8 Jun 14 . alarabiya.net

Mesir telah melarang para ulama yang tidak mempunyai izin memberikan khutbah atau pengajaran di masjid-masjid dan tempat awam lain. Ini menurut sebuah perintah dikeluarkan semalam yang menandakan langkah lebih lanjut dalam usaha kerajaan untuk mengekang pengaruh Islamis secara rasmi.

Keputusan yang dikeluarkan oleh pejabat Presiden Sementara Adli Mansur itu juga mengancam akan memberikan denda dan hukuman penjara bagi para ulama lepas, terutama jika mereka memakai pakaian ulama yang berkaitan dengan Al-Azhar, pusat pembelajaran Islam Sunni yang dihormati di Ibu Kota Kaherah, seperti yang dilaporkan oleh stesen televisyen Al Arabiya, Ahad (8/6).


Para pekerja yang dipilih dari kementerian agama akan diberi kuasa oleh kementerian kehakiman untuk menangkap siapa saja ketahuan melanggar keputusan tersebut.


"Tidak ada ulama yang akan menaiki mimbar untuk memberikan khutbah Jumaat berikutnya yang tanpa izin," kata kementerian kehakiman di akaun Facebook milik mereka. "Keputusan ini diambil untuk menjaga keselamatan negara."


Pemerintahan yang disokong tentera melihat masjid sebagai lahan atau tapak pengambilan bagi parti-parti Islam. Kerajaan juga telah bergerak untuk membawa masjid di bawah kawalan ketat mereka sejak tentera menggulingkan Presiden Muhammad Mursi dari Ikhwan Muslimin pada Julai tahun lalu.


Dikatakan pada bulan April lalu kerajaan telah memberikan lesen kepada lebih dari 17,000 ulama negara yang diluluskan untuk memberikan khutbah Jumaat dalam menghentikan masjid jatuh "ke tangan para pelampau". Selain itu kerajaan juga dikatakan telah memecat 12,000 ulama yang tidak diluluskan.


Banyak warga Mesir melaksanakan salat di masjid-masjid kecil di luar kawalan negara, di mana orang luar boleh dengan mudah bergerak untuk mengambil alih dan memberitakan konsep mereka. Ikhwanul Muslimin, gerakan paling terancang di Mesir sampai tahun lalu, telah didorong untuk bergerak di bawah tanah, di mana sebahagian besar pemimpin mereka di penjara atau bersembunyi.  

Namun, mereka menafikan terlibat dalam serangan maut terhadap pasukan keselamatan sejak penggulingan Mursi. Menurut keputusan tersebut, hanya ulama yang dilantik oleh kementerian agama dan ulama dari Al-Azhar, yang dibenarkan untuk mengajar dan memberikan pelajaran agama di masjid-masjid atau tempat umum yang sama.

Hanya pejabat dan lulusan dari Al-Azhar serta ulama dari kementerian atau pejabat mufti agung yang akan dibenarkan untuk memakai serban khas, yakni topi merah dengan pita kain putih, dan jubah yang menunjukkan seorang ulama Al-Azhar.


Pendakwah yang tidak membenarkan penggunaan akan menghadapi hukuman penjara sehingga satu tahun dan denda hingga 50,000 pound Mesir. Mengenakan atau merendahkan pakaian Al-Azhar dengan cara apapun juga akan membawa hukuman yang sama.


Galal Mora, setiausaha agung Parti Nour, sebuah kumpulan Islam yang menyokong tentera dalam menggulingkan Mursi, mengatakan kepada Reuters bahawa kumpulan mereka bersetuju dengan peraturan itu dan mendesak semua pihak menghormatinya.


Laman Ikhwanul Muslimin di seluruh dunia, yang masih beroperasi walaupun gerakannya dilarang di Mesir, membantah pemecatan tiga ulama itu.

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Kini di Mesir berlaku perubahan drastik..
  • melarang para ulama yang tidak mempunyai izin memberikan khutbah atau pengajaran di masjid-masjid dan tempat awam lain. 
  • mengancam akan memberikan denda dan hukuman penjara bagi para ulama lepas, terutama jika mereka memakai pakaian ulama yang berkaitan dengan Al-Azhar.
  • pekerja yang dipilih dari kementerian agama akan diberi kuasa oleh kementerian kehakiman untuk menangkap siapa saja ketahuan melanggar keputusan tersebut. 
  • Hanya pejabat dan lulusan dari Al-Azhar serta ulama dari kementerian atau pejabat mufti akan dibenarkan untuk memakai serban khas, yakni topi merah dengan pita kain putih, dan jubah yang menunjukkan seorang ulama Al-Azhar.
  • Pendakwah yang tidak membenarkan penggunaan (seperti di atas) akan menghadapi hukuman penjara sehingga satu tahun dan denda hingga 50,000 pound Mesir.  
  • Mengenakan atau merendahkan pakaian Al-Azhar dengan cara apapun juga akan membawa hukuman yang sama.
Sistem berceramah mesti ada tauliah, sudah lama berjalan di Malaysia., yang matlamatnya lebih kurang sama seperti Mesir sekarang ini. Adakah mereka ikut cara Malysia atau berqiblatkan guru (penjajah) yang sama? (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails