Thursday, June 26, 2014

Militan ISIS Buat Majalah Mingguan Bahasa Inggeris. Mahu Langgan?


Militan ISIS buat majalah mingguan berbahasa Inggris
Majalah mingguan ISIS . aljazeera.com

Militan Islam kini berperang di Iraq dan Syria dikhabarkan telah menghasilkan majalah mingguan berbahasa Inggeris yang direka untuk merekrut dan meradikalisasi calon-calon pelaku jihad baru di Barat.  

Majalah itu, yang dirancang dan disunting secara profesional, diterbitkan oleh alhayat Media Center, sayap propaganda dari Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS), kumpulan militan Sunni yang melancarkan kempen untuk menubuhkan negara Islam di Timur Tengah dengan brutal dan telah dicap terlalu ekstrem bahkan oleh al-Qaeda, seperti yang dilaporkan oleh akhbar the Daily Mail, Rabu (25/6). 

Dapatkan Pakaiam ISIS Di Online Sini..
Penjualan kaos bertema ISIS beredar di Internet
Kaos bertema ISIS dijual di toko-toko online. dailymail.co.uk  

ISIS sudah menggunakan media sosial secara meluas agar secara berterusan mempertahankan hubungan dengan penyokongnya di Barat, bahkan menjual barang-barang berjenama ISIS dengan produk seperti kaos, topi baseball dan mainan. 

Majalah mingguan ISIS bernama 'Laporan Negera Islam' itu diterbitkan tujuh hari sekali.Sekarang majalah itu sudah mengeluarkan empat edisi, di mana edisi pertama dicetak pada 1 Jun lalu. Edisi kelima majalah ini diharapkan akan dikeluarkan pada Sabtu minggu ini. 


Edisi keempat majalah itu mempunyai laman depan yang licin dengan judul 'Menghancurkan sempadan Tawaghit: Pertempuran Asadulla Al-Bilawi', dan memperlihatkan foto militan bertopeng dengan bebas melintasi sempadan antara Syria dan Iraq. 


Semua sempadan di sebelah barat Iraq dengan Syria, di mana ISIS menyebutnya sebagai Syam, dan Jordan kini telah berada di bawah kawalan kumpulan militan Islam, yang bertujuan untuk mendirikan negara  Islam Timur Tengah. 


Majalah ini dibuka dengan beberapa laman yang menjelaskan sejarah Timur Tengah dan usaha untuk membenarkan pendirian khilafah sebagai misi untuk memperbaiki ukiran atas wilayah itu dari pasukan Sekutu sebagai akibat Perang Dunia Pertama. 


Majalah itu meneruskan dengan membanggakan bahawa di sejumlah perlintasan sempadan di Iraq bahagian barat, ISIS telah memulihkan sebahagian batas-batas geografi di tempat itu sebelum perjanjian Sykes-Picot yang terkenal. 


Selepas mendedikasikan beberapa laman untuk pandangan ISIS terhadap sejarah abad ke-20, majalah itu lanjut ke sebuah laman mengandungi gambar yang disebut Pertempuran Asadullah Al-Bilawi, di mana judulnya ditulis dengan gaya tabloid bola sepak. 


Pengikut Sunni dari ISIS mendakwa memenangi pertempuran itu, yang berlangsung awal bulan ini dan menyebabkan jatuhnya kota terbesar kedua di Iraq, Mosul, serta pembunuhan 1,700 tentera Syiah yang berjaya ditahan. 


Penerbitan majalah itu merupakan kempen propaganda besar-besaran terbaru dari ISIS, di mana sebelum ini mereka juga telah bergerak di media sosial dengan membuat puluhan akaun, seperti di Twitter, Facebook dan Ask.Fm, serta memuat naik video pengambilan bagi para pelaku jihad dengan menggunakan bahasa Inggeris dan jualan pakaian bertema ISIS dan memorabilia kumpulan militan itu. 


Seorang jihadis, yang mendakwa telah tiba di Syria dari Inggeris dan menyebut dirinya sebagai Abu Abdullah al-Britani, secara regular memuat saran buat para calon militan baru di Ask.fm, termasuk memerintahkan mereka tentang cara-cara terbaik untuk melakukan perjalanan dalam bergabung dengan ISIS


Menteri Dalam Negeri Inggeris Theresa May kelmarin mengatakan diyakini ada sekitar 400 pemuda telah meninggalkan Inggeris untuk bergabung dengan ISIS di Timur Tengah.  Dia berkata ancaman keganasan sekarang di ambang pintu Eropah dan merupakan perkara yang paling serius sejak peristiwa 11 September 2001 (9/11).
  (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails