Tuesday, June 24, 2014

Mualaf Ingkar Perintah Mahkamah Akan Dipenjara, Kata Peguam


Guru tadika, M Indira Gandhi terima perintah hak jagaan anak daripada Mahkamah Tinggi dan anak yang kini bersama bekas suami perlu dipulangkan kepadanya. Gambar fail The Malaysian Insider. 

Peguam M Kulasegaran berkata mualaf Muhammad Ridzuan Abdullah akan dimasukkan ke dalam penjara sebaik saja polis menemuinya dan anak, Prasana Diksa. Beliau berkata, itu adalah perintah yang diberikan kepada M Indira Gandhi daripada Mahkamah Tinggi supaya polis mencari Ridzuan yang merampas Prasana sejak 2010.
“Polis akan menempatkannya di penjara Tapah dan membawanya ke mahkamah bagi meminta penjelasan mengapa dia mengingkari hak penjagaan anak yang dikeluarkan Mahkamah Tinggi pada 2010,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Difahamkan Indira sanggup membayar RM25 sehari bagi memastikan Ridzuan ke penjara dan seterusnya dibawa ke mahkamah.

Kulasegaran yang juga ahli Parlimen Ipoh Barat berkata beliau difahamkan polis memulakan pencarian Ridzuan dan Prasarana di Ipoh sejak Ahad.– 24 Jun, 2014. (TMI)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails