KOTA BHARU: Kerajaan
negeri di bawah Pakatan Rakyat khususnya Kelantan dan Selangor,
dicadang menyediakan dana khas untuk artis-artis hijrah bagi membantu
mereka meneruskan kelangsungan hidup.
Bekas
vokalis Kumpulan Nasyid Raihan, Nazrey Johani berkata artis-artis yang
berhijrah seringkali menghadapi pelbagai cabaran dalam kerjaya ekoran
perubahan ke arah kebaikan yang mereka lakukan.
Antara risiko yang dihadapi sebilangan mereka, jelasnya adalah ‘digam’ daripada program televisyen atau pun radio.
Ini, katanya sedikit sebanyak menjejaskan mata pencarian artis-artis hijrah.
“Akibatnya
mereka yang cuba berjinak dengan perjuangan Islam tidak berani untuk
berbuat demikian dan tidak hairan ada yang terpaksa berpatah balik
kerana dibimbangi periuk nasi mereka akan terjejas.
“Kerana
itu penafian atau menyepi diri dari jemaah Islam sering berlaku kerana
tidak sangup berhadapan dengan situasi itu,”ujarnya.
Nazrey mengulas kecenderungan artis khususnya artis wanita yang semakin ramai mengambil keputusan untuk menutup aurat. Beliau bagaimanapun tidak menjelaskan bentuk geran yang perlu diperuntukkan kerajaan negeri kepada artis hijrah. Beliau turut berharap agar pihak penganjur tidak melupakan artis-artis lama yang telah menyuburkan industri nasyid selama ini.
“Terus terang saya nyatakan ada yang terasa apabila golongan artis yang baru berhijrah lebih diutamakan,” ujarnya.
Berhubung artis wanita yang semakin ramai menutup aurat, beliau melahirkan rasa syukur dengan keadaan itu. Bagaimanapun, Nazrey menyarankan agar mereka didampingi golongan beragama.
“Ajak
mereka ke kelas agama atau sediakan kelas agama yang khusus untuk
mereka dengan mengumpulkan beberapa orang artis baru dan lama yang telah
berhijrah.
“Insya
Allah mereka tidak akan mudah mengalah dengan ujian dan mehnah dunia
yang sering mengganggu keimanan mereka,”ujarnya lagi.
Beliau
juga menyarankan penganjur program membabitkan artis, sama ada di pihak
kerajaan atau badan bukan kerajaan, agar kreatif dalam mencipta
program. Selain program hiburan, artis hijrah juga boleh dilibatkan dalam program sosial dan agama di masjid atau surau.
Nazrey berada selama seminggu di Kelantan untuk memenuhi jemputan beberapa program peringkat Dewan Undangan Negeri. Pada masa yang sama beliau turut mempromosikan pembinaan Tahfiz Bayu Syahadah di Ranau Sabah. Nazrey
yang pernah menjulang kegemilangan Kumpulan Raihan turut diundang untuk
menyampaikan tazkirah Maghrib dan ceramah motivasi kepada para pelajar
sepanjang seminggu berada di Kelantan. – HARAKAHDAILY, 8/6/2014
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Weblog ini sokong cadangan di atas, sudah sampailah masanaya sekarang, dalam suasana kebangkitan artis-artis berhijrah ingin meneruskan kelanjutan karya mereka sesuai dengan Islam sebagai agama bagi negara ini..
3 comments:
Sokong. Mintak Haji Mat Sabu urus kutipan macam Tabung Memali dulu. Kemudian...SENYAP !
Buktikan tuduhan kamu itu, kalau betul bawa ke mahkamah.
Jangan dilayan 9:53, si bengap tu. Bodoh lagi menyesatkan.
Post a Comment