Wednesday, June 25, 2014

Pemimpin Hamas Puji Penculik 3 Remaja Israel.


Pemimpin Hamas puji penculik tiga remaja Israel
Khalid Misyaal. Reuters

Ketua Biro Politik Hamas Khalid Misyaal memuji penculik tiga remaja Israel yang terjadi Khamis dua minggu laluDia juga mengatakan Hamas tidak punya maklumat baru berkaitan penculikan itu. Misyaal menyatakan para tahanan perlu dibebaskan dari penjara penjajahan.

Dalam wawancara dengan stesen televisyen Aljazeera, Misyaal mengatakan dia tidak boleh memastikan atau membantah peristiwa penculikan tiga remaja Israel itu.

"Dalam keadaan apa pun saya menyatakan selamat kepada para penculik kerana para tahanan kami perlu dibebaskan dari penjara penjajahan," kata dia, seperti yang dilaporkan oleh akhbar Haaretz, Isnin (23/​​6).

Pejabat senior Israel di Yudea dan Samaria kelmarin mengatakan mereka sangat yakin Hamas sebagai penculik tiga remaja itu.

"Kami belum punya tanda positif tentang keadaan mangsa penculikan. Kami mengesyaki mereka masih hidup," kata dia.

Sejak ketiga remaja itu diketahui hilang, pasukan Israel mengumumkan operasi pencarian besar-besaran dan menangkap ratusan warga Palestin.


Sementara itu Presiden Pihak Berkuasa Palestin Mahmoud Abbas menyeru pelaku penculikan remaja Israel agar segera melepaskan mereka dan menyerahkan diri. Ini lantaran kelakuan itu boleh menyebabkan masalah, dalam usaha perdamaian dan penubuhan negara Palestin berdaulat.

Akhbar Haaretz melaporkan, Rabu (18/6), penculikan kali ini berbeza lantaran gerakannya tidak tersentuh. Tuduhan Israel pada penguasa Jalur Gaza, Hamas, pun tidak boleh dibuktikan. Hamas sendiri mengaku tidak tahu menahu atas penculikan tiga remaja, semasa kehilangan  di Tebing Barat itu.
 (IH)



No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails