Sunday, June 01, 2014

P/mortem DAP T/Intan: Melayu Naik 2%, B/Melayu Junam 10%. Mengapa?


Reaksi calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud dan anggota parti selepas pengumuman keputusan pilihan raya di Ibu Pejabat DAP di Teluk Intan semalam. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 1 Jun, 2014.  
 Reaksi calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud dan anggota parti selepas pengumuman keputusan pilihan raya di Ibu Pejabat DAP di Teluk Intan semalam. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 1 Jun, 2014. Air muka pemimpin DAP Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang ketara menunjukkan kekecewaan mereka semalam.

Mereka memperjudikan nasib mereka ke atas Dyana Sofya Mohd Daud untuk mengekalkan kerusi Parlimen Teluk Intan, tetapi calon politik mentah itu kalah dengan 238 undian kepada Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong.

Pemimpin DAP tidak mengendahkan bahawa Dyana Sofya kalah dengan majoriti yang tipis. Namun Dyana Sofya tetap kalah disebabkan pemikiran perkauman generasi lama dan kekurangan minat yang ditunjukkan pengundi muda yang tidak kembali untuk mengundi di pilihan raya Sabtu itu.

"Bangsa masih relevan dalam pilihan raya, tetapi kami cuba menjadikannya tidak relevan," kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng kepada The Malaysian Insider, merujuk kepada penekanan parti-Cina tersebut bagi lebih calon Melayu.

Post-mortem awal pilihan raya oleh DAP mulanya menunjukkan sokongan Melayu untuk parti tersebut meningkat sekurang-kurangnya dua peratus, tetapi undi Cina dan India menjunam lebih daripada 10% setiap satu.

Mah memungut 20,157 undian dan Dyana Sofya 10,919 undi dengan 550 undi rosak di kawasan majoriti Cina tersebut. Jumlah keluar mengundi tidak memuaskan pada 66.7% berbanding dengan 80.7% pada pilihan raya 2013.

Terdapat laporan tentang kempen saat akhir di mana sekumpulan lelaki memakai t-shirt merah memberitahu pengundi Cina supaya menyokong calon Cina, iaitu Mah, yang ironinya memimpin parti berbilang kaum, Gerakan. Satu lagi kelebihan adalah status Mah sebagai orang tempatan dan dua penggal beliau berkhidmat sebagai MP Teluk Intan sebelum kalah pada Pilihan Raya Umum 2008.

Dyana Sofya berasal daripada Perak, tetapi baru sahaja terkenal dalam berita sebagai setiausaha Lim Kit Siang pada 2013 dan dua minggu lalu apabila dinamakan sebagai calon parti untuk Teluk Intan.
Peguam berumur 27 tahun itu menjadi kesayangan warga Internet, tetapi terpaksa bergantung kepada DAP sepenuhnya untuk mendapatkan sokongan daripada pengundi tempatan berbanding karismanya sendiri.

"Kami sepatutnya menang jika pengundi luar kembali (ke Teluk Intan)," tambah Guan Eng dengan merujuk kepada generasi muda yang bekerja di luar Teluk Intan dan lebih sedar tentang isu-isu semasa daripada melihat kepada politik perkauman.

2.7 juta pengundi baru menyertai 13.3 juta pengundi berdaftar pada pilihan raya 2013, di mana DAP dan sekutunya Pakatan Rakyat (PR), PKR dan PAS memenangi 51% undi popular tetapi hanya mengumpul 89 daripada 222 kerusi Parlimen. Dengan kekalahan Teluk Intan, PR kini tinggal 88 kerusi Parlimen dan BN 134 kerusi Parlimen.

Bapa Guan Eng, Kit Siang berkempen untuk setiausaha politiknya di Teluk Intan bagi  membasmi politik perkauman.

"Jika politik baru ini adalah masa depan kita, politik perkauman lama akan digantikan dengan politik kebangsaan Malaysia yang berdasarkan isu keadilan, kebebasan, kebertanggungjawaban dan tadbir urus yang baik," kata Kit Siang minggu lepas.

Beliau juga menyeru pengundi luar untuk balik menunjukkan sokongan kepada Dyana Sofya yang sedang mencuba untuk memasuki Parlimen buat kali pertama. Namun, seruan beliau tidak ke mana. Warga yang makin berusia memilih untuk mengundi mengikut kaum dan pengundi muda yang tinggal dan bekerja di kawasan lain tidak pulang untuk mengundi semalam.

Perkara tersebut, ditambah lagi dengan undian pos yang selalunya bagi BN, menyebabkan Dyana Sofya kehilangan kerusi Parlimen DAP Teluk Intan dan menghalang penekanan parti tersebut untuk calon yang pelbagai kaum daripada memilih calon daripada kaum dominan untuk setiap kerusi.

"Terdapat pengajaran yang perlu diambil dari Teluk Intan, tetapi DAP masih mendapat banyak undi meskipun dengan peratusan keluar mengundi yang rendah," kata seorang anggota parti itu.

Anggota Gerakan mengakui Mah yang berusia 53 tahun kemungkinan akan kalah dalam pilihan raya sekiranya hari pilihan raya adalah Ahad, memberi masa yang secukupnya untuk membolehkan mereka balik ke rumah dan menunjukkan sokongan mereka.

"Jika hari pilihan raya adalah pada Ahad, keadaan akan berubah. Nasib baik ia Sabtu dan kami menang," kata pakar strategi parti tersebut.

Kemenangan itu juga meningkatkan kewujudan Gerakan dalam Parlimen kepada dua ahli dengan Mah yang juga akan mendapat kerusi dalam Kabinet untuk partinya seperti yang dijanjikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. – 1 Jun, 2014. (TMI)

2 comments:

Anonymous said...

Jawapannya perkauman itu aje. Melayu naik 2-3% sebab suka ada calon melayu, yang cina turun 10% sebab tak suka melayu bertanding kat situ. India pulak kembali semula kepada BN pasal diberi rasuah.

Anonymous said...

Kesimpulannya...

Nampaknya Melayu aje yang beria-ia...

Yang lain nampaknya macam ada buku kira-kira lain!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails