Raja Azmi kini bertudung. Wajah terbaharu Raja Azmi yang muncul dalam rancangan h live! pada Ahad.
HALAMAN HIBURAN'WANITA tidak bertudung akan masuk neraka'. Dakwaan ini yang produser
kontroversi, Raja Azmi Raja Sulaiman 55, persoalkan. 'Keceluparan' menentang pendapat ini, akhirnya menjadi antara
punca dia terbuka hati untuk berhijab. Al-hamdulillah.
Begini ceritanya..
Raja Azmi menimbulkan kontroversi apabila dia mempersoalkan pendapat orang yang tidak bertudung akan masuk neraka. Beliau membuat kenyataan berkenaan apabila ditanya wartawan Galaksi,
TV9, adakah dia mahu bertudung selepas kembali mengerjakan umrah pada
Februari lalu. Malah dia juga berkata, orang yang bertudung pula tidak semuanya menjaga adab mereka sebagai muslim sejati. Dia tidak terkesan dengan segala
kritikan orang ramai terhadap kenyataannya. Tetapi Raja Azmi berkata selepas membuat kenyataan itu, dia mula terfikir adakah kenyataan yang dibuatnya itu
betul atau sebaliknya.
“Semasa saya buat kenyataan itu, saya tiba-tiba terfikir apa yang saya
cakap itu betul atau tidak? Dan saya juga membuat sembahyang tahajud
tiga hari tiga malam dan akhirnya saya mendapat jawapan serta terbuka
hati untuk berhijab,” katanya.
Raja Azmi berkata demikian dalam rancangan hiburan h live! saluran Astro Ria dan Maya HD pada Ahad malam. Produser itu ditemubual oleh pengacara Datuk Aznil Nawawi dalam program
yang disiarkan secara langsung bermula pukul 8.30 malam itu. Ulangan
rancangan berkenaan disiarkan menerusi saluran Awani pada pukul 10.30
malam. Dia
bersyukur kerana mendapat ‘teguran’ Allah yang akhirnya membuatkan dia
mengambil keputusan bertudung. Langkah menukar imej kata beliau, adalah sebahagian daripada
keinginannya untuk terus beribadah dan juga mahu mengenali Islam itu
dengan lebih mendalam.
“Insya-Allah, niat saya untuk berhijab sehingga memakai kain kapan,” katanya.
Tambah Raja Azmi, dia akan berusaha untuk mendekatkan diri dengan Allah
terutamanya menjaga waktu solat lima waktu yang sebelum ini tidak
dilaksanakan dengan sempurna.
Raja Azmi dan Aznil Nawawi
Ditanya oleh Aznil bagaimana reaksi keluarganya selepas membuat
keputusan itu Raja Azmi berkata, anak-anaknya gembira dengan perubahan
berkenaan manakala suaminya Mohd Eddie Ghazali, 45, pula menepuk
bahunya sambil berkata; “I love you.”
Beliau turut menambah, keputusan memakai tudung juga memperluaskan
rezekinya apabila dia mendapat peluang menghasilkan rekaan tudung yang
akan diusahakan bersama rakannya.
Dalam rancangan itu juga Raja Azmi turut memberi nasihat kepada penonton
agar mencontohinya untuk berubah kerana perubahan itu akan membuatkan
seseorang umat Islam akan mendapat lebih pahala.
“Pakailah hijab kerana bila kita berhijab, kita akan dapat lebih banyak pahala,” katanya.
(IH/Pelbagai sumber)
Lihat sebelum ini...
2 comments:
Alhamdulillah. Moga istiqamah dgn perubahan yg baik itu.
harap2 dia kekal menutup aurat
jangan jadi macam coklat cadbury
sekejap ada dna babi,sekejap tiada
- ahli Gabungan Mamak Penang (GAMPANG)
Post a Comment