Thursday, June 19, 2014

Ramadhan: Berakhirnya Pusat Pelacuran Terbesar A/Tenggara.

Pekerja Seks Komersial ajukan keberatan penutupan Dolly
Pekerja Seks Komersial ajukan keberatan penutupan Dolly.

CATATAN SANTAI IBNU HASYIM

SAYA pernah melawat beberapa kali Surabaya dan Gang Dolly, di Indonesia, beberapa tahun lepas. Dan hari ini, mulai 18 Jun 2014, lokalisasi Dolly di Surabaya sebagai Pusat Pelacuran Terbesar di Asia Tenggara itu akan ditutup, tepat sepuluh hari menjelang puasa. 

Ertinya menyambut bulan ibadat, bulan yang syaitan-syaitan sudah terbelenggu dari kegiatan maksiat, walaupun tidak habis-habis, dari pelbagai jenis syaitan seperti disebutkan dalam Al-Quran. Termasuk juga syaitan dari kalangan jin dan manusia.

Tidak mudah untuk melakukan kerja-kerja kebajikan seperti itu, tentu ada halangan dan ujian. Pro kontra mewarnai rancangan Walikota Surabaya Tri Rismaharini bagi menutup kawasan ini. Dilaporkan, berlaku juga suasana tegang bahkan pada sehari menjelang penutupan semalam.  

Satu orang tak dikenali menyerang kawasan itu, Selasa pagi, 17 Jun 2014. Dua rumah pelacuran jadi sasaran amuk, iaitu Wisma Putri Ayu II dan Wisma Sumber Rejo. Kaca depan kedua rumah singgah itu pecah dilempar batu.

Sudarmanto, saksi mata, mengatakan, saat itu pelaku yang kemudian diketahui berinisial NA (22) itu, datang ke Gang Dolly menunggang motosikal Honda Revo bernombor polis L 5306 WW. Begitu tiba di lokalisasi, ia langsung mengambil batu, dan melempar kaca tingkap. Lelaki ini masih sempat berniat merosakkan kereta pemilik rumah, jika tidak segera dicegah. 


Keadaan makin tidak kondusif ketika NA berteriak-teriak melontarkan kalimat mencabar. 

"Ayo sopo sing wani, aku gak takut mati (ayo siapa yang berani, saya tak takut mati)," kata Sudarmanto meniru teriakan orang tersebut.

Bimbang semakin beringas, NA akhirnya ditahan warga dan kemudian diserah kepada polis. Tidak ingin berlaku serangan susulan, warga pun berjaga-jaga di sekitar kawasan pelacuran tertua di Surabaya itu. Datuk Bandar Surabaya, Tri Rismaharini memastikan tidak akan menunda penutupan pelacuran terbesar se-Asia Tenggara ini.  



Jumaat, 13 Jun 2014 | 22:31 WIB Gang Dolly.
Wali Kota (Datuk Bandar) Surabaya Tri Rismaharini menjamin, dasar menutup penyetempatan Dolly tidak akan mengandungi aksi pelanggaran hak asasi manusia (HAM).  
Dia berjanji akan memperhatikan kesejahteraan pekerja Dolly pasca-penutupan Dolly. 


Jumaat, 6 Juni 2014 | 16:47 WIB Datuk Bandar Surabaya, Tri Rismaharini, seorang wanita berani, disebut-sebut 'Singa Betina'.

Penutupan akan dilakukan hari ini, 18 Jun, cepat satu hari dari jadwal semula, 19 Jun. Pertimbangan perubahan jadual itu, kata Risma beberapa waktu lalu di Sentul, Bogor, kerana Menteri Sosial Salim Segaff Al Jufri ingin hadir dalam penutupan pusat pelacuran itu. Penutupan Dolly sebetulnya bukan rancangan mendadak. 

Jauh-jauh hari Risma telah merancang dasar untuk kawasan ini. Ia pun mempertimbangkannya secara matang. Dia juga memberikan bekal kepada para pekerja seks komersial agar kelak dia boleh mencari pekerjaan lain.  

"Pada masa yang sama mereka melakukan alih profesi," kata dia.

Masalahnya, yang tinggal di daerah itu tidak hanya PSK (Pekerja Seks Komersial) tetapi juga penduduk setempat yang berlangsung hidup dengan menjual ubat kuat dan kondom. Kerana itu Risma juga mencari cara agar penduduk di sekitar Dolly itu boleh menjual barangan lain. Perlu latihan keusahawanan agar para penghuni penyetempatan tidak menganggur. 


"28 Orang sudah ikut latihan dan beberapa sudah pengeluaran," katanya. 

Nanti, rumah dan bangunan bekas rumah yang dijadikan tempat berbuat asusila, akan dibeli oleh kerajaan daerah. Kemudian tempat itu akan dijadikan taman, pusat PKL, sehingga warga boleh berjualan di tempat itu. Kemudian akan dibina perpustakaan dan kemudahan internet percuma, masjid, gereja kecil, gelanggang futsal, dan tempat bermain. 

Sedangkan untuk pesakit AIDS akan dilakukan pemulihan. Risma akan berusaha mencari tempat dari sumbangan institusi sosial agar pesakit AIDS boleh ditangani secara khusus. Sebab masa ini ada 168 dan 1,448 PSK yang menderita penyakit AIDS. Tak hanya diberi bekal ketrampilan, mereka juga diberi pesangon. Namun Risma tak menjelaskan berapa besaran pesangon untuk mereka. 

"Kalau PSK dari Mensos, kalau mucikari (bapa ayam) nya dari gabenor," ujar dia. 

Risma mengakui masih ada penolakan dari warga Dolly namun penutupan itu tetap dilakukan. "Kasihan nanti anak-anaknya," ujar dia. 

Langkah penutupan itu sebenarnya tak begitu lancar. Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Komnas HAM) pernah meminta Datuk Bandar Risma menunda penutupan itu. Alasannya banyak yang menolak dasar ini, sehingga Risma diminta tidak memaksakan diri. Komnas HAM menilai ada unsur pelanggaran hak asasi dalam rencana penutupan Dolly.  

Kerana itu, kerajaan diminta mengkaji semula. Suara rakyat Dolly pun berpecah. Ada yang menyokong, ada pula yang menolak. Komnas meminta Risma membuka ruang dialog dengan warga, agar ditemui penyelesaian yang boleh diterima semua pihak. Namun, belakangan Komnas HAM tak berkutik saat dipertemukan dengan Ketua RT Dupak Rukun, Bangun Sari, dan sekitar pusat pelacuran Dolly di Surabaya, Jawa Timur, Jumaat, 13 Jun. 

Saat pertemuan itu, ternyata banyak warga yang menyokong penutupan Dolly.

"Saya harap Komnas HAM tidak terhantuk warga dengan statementnya," kata Ahmad Jabar, warga Moroseneng, dalam pertemuan bersama Komisioner Komnas HAM yang berlangsung di ruang rapat Datuk Bandar Surabaya, Jumaat, 13 Jun 2014. 

Jabar menegaskan, warga yang tidak berkaitan dengan aktiviti ekonomi di lokalisasi, pasti menyokong penutupan. Itu, berbeza dengan warga yang terlibat secara langsung dalam aktiviti penyetempatan. Mendengar sokongan terhadap langkah kerajaan itu, Komisioner Komnas HAM, Dianto Bachriadi akhirnya luluh. Ia menyatakan, tidak akan menghalang langkah Pemkot Surabaya. Asal, dilakukan dengan baik dan tepat sasaran. 

"Jangan sampai berpotensi melanggar HAM. Kita concern pada warga yang terdampak program ini. Soal rencana alih profesi, jangan sampai menurunkan ekonomi masyarakat, "ujar Dianto. 

Ia meminta, langkah penutupan dilakukan secara beransur-ansur. Tapi, ia juga tidak akan mempertikaikan jika Pemkot Surabaya tetap ingin menutupnya serta merta pada 18 Jun akan datang.  

"Asal dilakukan tanpa ugutan dan kekerasan," katanya. 

Tidak cuma Komnas HAM, orang dekat Risma, Wakil Walikota Surabaya Wisnu Sakti Buana juga tak sekata dengan atasannya. Wisnu menilai warga sekitar penyetempatan belum siap sepenuhnya kehilangan keuntungan dari aktiviti ekonomi dan mata pencarian di sekitar kawasan. 

Ketua DPC PDI-P Bandar Surabaya ini menuturkan, warga sekitar Dolly masih mempunyai pergantungan yang cukup besar terhadap Dolly. Menurutnya, sudah puluhan tahun warga di sekitar kawasan itu menggantungkan hidupnya dengan bekerja sebagai tukang cuci pakaian, membuka warung makanan atau kedai runcit.

"Kerajaan perlu membina komunikasi intensif lagi dengan warga tempatan," ujarnya, 29 April. Namun, sepertinya Risma akan terus jalan, menutup pusat penyetempatan Dolly malam ini. 
  
Tok Guru Nik Abdul Aziz

Kesimpulan: Begitulah, dalam membanteras maksiat hanya seorang datuk bandar atau walikota mampu merobah dari mungkar kapada amal makruf. Mungkin dengan sekelip mata akan bertukar dari pusat seks maksiat terbesar di Asia kepada pusat perkhidmatan dan kebajikan rakyat.

Itulah kisah Gang Dolly yang menarik perhatian setiap orang Islam. Tidak ada alasan 'susah' bagi pencinta-pencinta Islam untuk melaksanakan kebaikan dan mencegah mungkar, melalui kuasa yang ada pada tangan mereka sendiri. Samada di Indonesia, apalagi Malaysia dan negara umat Islam yang lain.  

Saya ucap syabas dan tahniah kepada Wali Kota atau Datuk Bandar  Surabaya Ir Tri Rismaharini.  

Hal ini juga pernah berlaku di Kelantan, Malaysia. Masa Tok Guru Nik Abdul Aziz mula jadi Menteri Besar Kelantan 1990 dulu, Kelantan sudah berselerak pusat-pusat pelacuran, pusat hiburan bermaksiat, mabuk dan segala macam yang hampir sama dengannya. Apa lagi partinya Parti Islam hanya baru perintah satu negeri sahaja. 

Sedangkan parti yang tidak Islamik menguasai Kerajaan Pusat. Contohnya, kerajaan Malaysia tidak boleh melarang orang melacur secara sukarela, walaupun orang itu mengiklan di dahinya 'saya seorang pelacur'.  

Habis, apa yang Tok Guru kampung itu buat, sehingga negeri Kelantan terhapus dari gejala-gejala pelacuran, minum arak terbuka, judi, hiburan bermaksiat yang keterlaluan dan lain-lain? Kita kena pergi melawat Kelantan, baru jelas.

Juga kalau ada kelapangan boleh pergi melawat Gang Dolly, ucap tahniah dan syabas kepada datuk bandarnya. Semoga sepoi-sepoi bayu dingin Ramadhan mampu menyirami kehangatan budaya jahiliah yang diperbarui dulunya di situ. 

Selamat menyongsong kedatangan Ramadzan. Sekian, bersambung lagi, insya Allah.
Catatan Santai Ibnu Hasyim  
Alamat: ibnuhasyim@gmail.com     
 
18 Jun 2014
KL

No comments:

Post a Comment