SUKAN
MENURUT
bola.net, jurulatih kecergasan Perancis, Eric Bedouet membenarkan
pemainnya yang beragama Islam berpuasa walaupun Piala Dunia Brazil masih
berlangsung.Ketika ini beberapa tonggak utama Perancis beragama Islam seperti Karim Benzema, Moussa Sissoko, Mamadou Sakho dan Bacary Sagna.
Umat Islam dijangka akan mula berpuasa pada 28 Jun nanti. Pada ketika itu pusingan kedua akan bermula dan Perancis antara pasukan dijangka akan layak.
Dalam satu tulisan lain di dailymail.co.uk turut menyatakan bahawa sebahagian pemain terpaksa membuat pilihan antara tuntutan agama dan komitmen di padang. Selain Perancis, pasukan bukan dari Negara Islam yang dibarisi pemain Bergama Islam termasuklah Belgium iaitu Marouane Fellaini, Moussa Dembele dan Adnan Januzaj.
Pasukan Jerman pula dibarisi oleh Mesut Ozil, Shkodran Mustafi dan Sami Khedira sementara pasukan Bosnia yang separuhnya muslim termasuklah pemain penyerangnya Edin Dzeko.
Ivory Coast pula dibarisi oleh Yaya Toure, Kalo Toure, Gervinho dan Cheick Tiote. Dalam pasukan Switzerland turut dibarisi beberapa pemain muslim termasuklah Xherdan Shaqiri, Haris Seferovic, Philippe Senderos, Gokhan Inler dan Admir Mehmedi.
Jumlah ini tidak termasuk pemain dari Iran, Algeria dan Negara Afrika yang lain. Walau bagaimanapun hanya pasukan yang layak ke pusingan kedua sahaja yang bakal bertembung dengan bulan Ramadan.
Sumber: bola.net, dailymail.co.uk dan topislamic.com
No comments:
Post a Comment