Nasibmu getah, engkau juga mengalir turun, yang lain naik.
KUALA LUMPUR: Lajnah Pembangunan Tanah, Peneroka Bandar dan Hal Ehwal Orang Asal (LPTPBHEOA) dengan kerjasama badan pertubuhan kerajaan (NGO), akan melancarkan kempen "Ramadhan Kembali Lagi, Penoreh Mohon Simpati", pada hari Sabtu, 8 Jun ini.
Pengerusinya, Mazlan Aliman berkata, kempen yang dadakan dua bulan sehingga tamat Ramadhan ini adalah sebagai permulaan kepada usaha membantu golongan penoreh getah yang kini terhimpit dengan kejatuhan harga komoditi itu.
Menurut beliau, lebih 200,000 penoreh terkesan dengan kejatuhan harga getah yang menjadi punca rezeki golongan itu selama ini. Ia ditambah lagi dengan faktor cuaca tidak menentu yang menjadikan pendapatan golongan ini terjejas teruk.
Biarpun pelbagai usaha dibuat khususnya mendesak harga lantai getah ditetapkan, namun sehingga sekarang katanya kerajaan masih gagal bertindak.
"Kita sudah buat demo, serah memo, jumpa pihak Lembaga Getah Malaysia, buat pertemuan dengan orang kampung. Namun sehingga kini kita lihat respon kerajaan sangat dingin.
"Ramadhan hampir tiba, kehidupan mereka sangat daif dan kita tidak boleh tunggu lagi. Rakyat kena bersama kami bantu mereka," kata beliau kepada Harakahdaily.
Sementara itu, pelancaran kempen itu pada jam 2.30 petang Sabtu ini dijadual disempurnakan oleh Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang. Mazlan dalam pada itu menyeru badan korporat serta individu perihatin untuk turut sama menyumbang bagi meringankan beban warga penoreh getah ini.
Sepanjang kempen ini juga, pihak penganjur akan mewujudkan pusat operasi bagi menguruskan sumbangan yang mahu diberikan oleh orang ramai. Sumbangan-sumbangan ini akan disalurkan kepada golongan penoreh yang daif di seluruh negara.
Maklumat tentang perjalanan kempen ini juga akan dimaklumkan dari semasa ke semasa malalui Harakah dan Harakahdaily. - HARAKAHDAILY 4/6/2014
Yang menggatal undi BN masa PRU 13 buat apa. Sekarang sendiri mau ingatlah. Tapi elok gak orang kampung susah sebab bila dah susah baru sedar siapa betul siapa salah.
ReplyDeleteTak payah tolong dulu pergi undi UMNO pergilah menyembah UMNO minta tolong.
ReplyDelete