Mahkamah Syariah Pulau Pinang hari ini mengesahkan Teoh Cheng Cheng yang mayatnya diambil semasa upacara pengebumian Buddha pada Isnin bukanlah seorang Islam. Hakim Zaim Md Yudin berkata, mayatnya akan dikembalikan kepada keluarganya untuk dikebumikan.
Dalam penghakiman selama 20 minit itu, beliau berkata pihak yang menjaga mayat Teoh sekarang perlu mengembalikannya kepada keluarga mendiang. Turut berada di mahkamah adalah Wan Faridulhadi Mohd Yusoff, yang mewakili anak perempuan Teoh, Medelyn Teoh dan ahli keluarganya.
Semalam Majlis Agama Islam Pulau Pinang (Maipp) memfailkan permohonan untuk mendapatkan deklarasi berhubung status mendiang. Semalam, mahkamah mendengar testimoni daripada saksi, dua daripada Maipp dan dua daripada pihak Teoh. Saksi yang memberikan testimoni bagi pihak Teoh adalah anak perempuan sulung, Medelyn Teoh, 17, dan seorang rakan rapat keluarga yang tidak dikenalpasti oleh media.
Media dihalang untuk mendengar prosiding mahkamah semalam atas permintaan keluarga Teoh.
Pihak keluarga diwakili peguam Wan Faridulhadi Mohd Yusoff, manakala Maipp diwakili peguam Noor Asyimah Ramli. Teoh didakwa memeluk Islam tanpa pengetahuan keluarganya, dan menggantung diri pada Sabtu lepas di Pangsapuri Pelangi, Lintang Macallum dekat George Town selepas bergaduh dengan kekasihnya.
Teoh sepatutnya dikebumikan dengan cara pembakaran menurut upacara Tao. Namun majlis pengebumiannya dihentikan oleh pegawai Jaipp, dan selepas mendapat kebenaran keluarga mendiang, mereka mengambil mayat dan dibawa ke rumah mayat Pulau Pinang sehingga tindakan selanjutnya diambil terhadap kes itu. – 12 Jun, 2014.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Semalam Exco Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang, Datuk Abdul Malik Kassim meminta maaf ke atas insiden rampasan jenazah baru-baru ini yang menurutnya dilakukan tidak mengikut prosedur. Malik mengecam tindakan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) yang disifatkannya tidak sensitif.
Hari ini pula, Mahkamah Syariah Pulau Pinang hari ini mengesahkan Teoh Cheng Cheng yang mayatnya diambil semasa upacara pengebumian Buddha pada Isnin bukanlah seorang Islam. Hakim Zaim Md Yudin berkata, mayatnya akan dikembalikan kepada keluarganya untuk dikebumikan.
Lihat sebelum ini..
Kesemua kajadian itu ada dalang disbaliknya kenapa dua kejadian yang hampir serupa berlaku dalam negeri yang ditadbir oleh pembangkang, fikirlah sendiri,jika hendak ditafsirkan dengan kejadian yang sengaja tidak disengajakan adalah penasehat agama kepada ketua agama yang dilantik adalah dari kalangan dan gulungan yang tidak senang dengan keadaan aman dalm tadbiran pembangkang ,kenapa kejadian seperti itu tidak berlaku seperti di Perak ,negeri Sembilan dan Johor serta negeri-negeri lain yang ditadbir oleh UMNO/BN,carilah jawapan sendiri.
ReplyDelete