Sunday, June 15, 2014

Taylor Swift Gegar KL. Contoh Cara Didik UMNO/BN. Ikut Islam?

BINTANG tersohor global ini tidak ketinggalan beraksi dengan piano di pentas konsertnya. 


FIGURA bertubuh langsing ini cukup teruja apabila meraih reaksiyang amat memberangsangkan daripada lebih 10,000 audiens yang membanjiri konsertnyadi Kuala Lumpur. 


HALAMAN HIBURAN
GEMURUH laungan dan jeritan lebih 10,000 audiens yang hadir membelah kelam ruang atmosfera Stadium Putra pada malam Rabu lalu, kedengaran agak sayup daripada pintu belakang stadium tertutup yang terletak berhampiran dengan Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil, Kuala Lumpur itu.

Penonton yang hadir pada malam tersebut berkongsi matlamat yang sama -meluap-luap keinginan mahu menonton penyanyi kesayangan mereka, Taylor Swift secara langsung menerusi konsert jelajah keempatnya, The Red Tour.

Namun, pihak media yang dijemput khusus untuk hadir bagi menyaksikan konsert berkenaan tidak dibenarkan masuk sehingga penyanyi dari Pennsylvania, Amerika Syarikat itu melantunkan lagu pertamanya, State of Grace pada 30 saat yang terakhir.

Atas arahan pengurusan artis sendiri, pihak media terpaksa akur.
Namun, tatkala diiring masuk oleh pihak penganjur ke kotak media (media box) dan dibiarkan bebas untuk menikmati konsert tersebut, anak mata terus terpaku pada sosok tubuh genit yang mengenakan kombinasi kemeja putih serta seluar pendek hitam dan kasut merah menyala itu.

Ya, ia suatu realiti. Taylor Swift kini berada di bumi Malaysia, di Kuala Lumpur buat julung-julung kalinya.

Dan dia muncul menggegarkan pentas konsertnya itu dengan melompat lincah mengikut ritma muzik serta paduan gempa sorakan mega riuh daripada lautan audiens yang ternyata begitu bertenaga dan teruja menyaksikan kemunculannya.

Aura bintang yang ada pada penyanyi berusia 24 tahun itu sememangnya kuat dan sukses merasuk peminat yang hadir untuk ikut serta menyanyi dan menari bersamanya.

Begitu, lebih kurang gambaran awal apa yang disebut dan dibanggakan oleh puak-puak fanatik kemaksiatan, pemuja, 'Taylor Swift Gegar KL'.. kononnya.

Masya Allah! Beginikah bentuk tarbiah hiburan dan pendidikan di dalam sebuah negara umat Islam  Malaysia ini? Cuba tanya puak-puak agama dan muftinya, beginikah cara Nabi SAW suruh pemimpin Islam didik rakyatnya? 

Tanam padi boleh tumbuh lalang, apalagi kalau benih itu sendiri lalang? Bolehkah tumbuh padi?? Bengong!!
 (IH)


Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis
E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis

1 comment:

Anonymous said...

Saya pergi ke konsert Taylor Swift minggu lepas, tiada apa apa yang buruk berlaku.Persembahan amat terbaik. Beliau juga hormat budaya dan sensitiviti Malaysia dengan memakai legging panjang. Dan kalau encik nak tau, Taylor Swift ni diantara artis yang bersih, kurang kontroversi dan amat sayangkan peminat beliau. Dan beliau juga sanggup meluangkan masa melawat hospital untuk menghiburkan hati peminat cilik beliau yang sakit. Please get to know her first. #swiftie

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails