Tuesday, June 03, 2014

Wanita MCA Dului UMNO Seminar Hudud. Presiden PAS Dijemput.



Datuk Heng Seai Kie

KLANG: Seminar MCA mengenai hudud berlangsung di sini dengan berpuluh-puluh penduduk menghadiri sesi yang diadakan dalam bahasa Cina itu untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang undang-undang Islam tersebut.

Dianjurkan oleh sayap wanita parti itu, acara ini adalah sebahagian daripada pakej 26 seminar yang dijadualkan berlangsung di seluruh negara. Ketua Wanita MCA Datuk Heng Seai Kie berkata seminar itu bertujuan menyediakan lebih banyak maklumat mengenai hudud kepada rakyat.

"Seminar adalah untuk memberi pemahaman tentang hudud, implikasi dan kesannya," kata Heng pada sidang akhbar sebelum bermulanya acara tersebut, Ahad.

Seminar bertajuk 'Apa Yang Anda Tahu Mengenai Hukum Hudud?' akan dijalankan dalam bahasa Mandarin, bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu. Heng berkata seminar itu akan membantu orang ramai untuk memahami hudud dan membantu mereka membuat keputusan sama ada mereka bersetuju dengan pelaksanaannya.

"Sesetengah orang berfikir bahawa ia tidak melibatkan orang bukan Islam atau hanya akan dilaksanakan di satu negeri, jadi kami mengambil keputusan untuk menganjurkan seminar ini untuk memberikan maklumat yang diperlukan," katanya.

Heng berkata penceramah untuk seminar itu termasuklah pakar undang-undang dan ahli pertubuhan bukan kerajaan.

"Kami juga akan menjemput ahli-ahli Majlis Peguam untuk mengambil bahagian, " katanya.

Beliau juga menjemput pemimpin-pemimpin PAS, DAP dan PKR serta wakil rakyat untuk menghadiri seminar tersebut.

"Kami ingin menjemput Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk menyertai seminar ini supaya beliau boleh menjelaskan mengapa kita perlukan hudud dan menjawab soalan peserta," katanya.

Dalam perkembangan lain, Heng berkata kemenangan Barisan Nasional di Teluk Intan menunjukkan sokongan semula pengundi Cina terhadap parti pemerintah. (mStar)
 
Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Luar biasa. Mungkin MCA mendahului UMNO. Apa lagi bila mereka menjemput penglibatan Presiden PAS. MCA barangkali lebih jujur dalam kempen menerang hudud dari UMNO? Syabas, wanita MCA!

No comments:

Post a Comment