PETALING JAYA: Agensi berita
The Associated Press (AP) pada Rabu melakukan kesilapan besar apabila tersalah
tweet sehingga
menimbulkan kekecohan di laman sosial itu apabila mengatakan pesawat
Belanda yang membawa mayat mangsa nahas Penerbangan Malaysia (MAS) MH17
terhempas di Belanda.
AP menyiarkan tweet
“BREAKING: Dutch military plane carrying bodies from Malaysia Airlines Flight 17 crash lands in Eindhoven. (“TERGEMPAR: Pesawat tentera Belanda yang membawa mayat nahas Penerbangan Malaysia MH17 terhempas di Eindhoven”).
Status Twitter itu kemudiannya diulang Tweet (
retweet) oleh pengikut laman sosial berkenaan kira-kira 3,851 kali.
Pesawat tentera Belanda yang dimaksudkan sebenarnya selamat mendarat di lapangan terbang Eindhoven, selatan negara itu.
Menerusi laman Twitter rasmi AP, status berkenaan mendapat kritikan antaranya pemilik akaun Dejavucook (@dejavuccok) berkata: "You are so stupid/you just wrote 'crash lands' (Anda sangat bodoh/anda baharu sahaja menulis 'terhempas').
No comments:
Post a Comment