Dewi bagaimanapun berkata, peranan berlakon dalam drama bersiri Catatan Hati Seorang Isteri (CHSI) yang memerlukannya membaca Al-Quran dalam beberapa babak drama itu membuka peluang untuknya mempelajari Al-Quran.
"Pada mulanya saya bimbang juga tapi ini mungkin cara Allah menunjukkan jalan untuk saya mula mempelajari kitab tersebut," jelasnya.
Demi peranan Hana dalam CHSI, Dewi berkata, dia akhirnya mula mempelajari membaca Al-Quran dan mengakui pembacaannya kini semakin baik.
"Saya mula dari bawah dan tiada apa yang ingin saya malukan kerana akhirnya jalan untuk belajar itu sudah terbuka," ujarnya.
Pelakon jelita itu sebelum ini mengejutkan semua pihak apabila meninggalkan imej seksi dan tampil imej menutup aurat. (mStar)
1 comment:
tk perlu tunggu pandai baca Quran baru tutup aurat. kewajipan yg boleh dibuat serta merta dan mudah, perlu dilaksana segera.
Post a Comment