Sunday, July 13, 2014

Artis Rossa: 'Tak puasa bukan orang Islam', Tapi Berpakaian Begini..


ROSSA




HALAMAN HIBURAN

SEJAK berusia tujuh tahun, penyanyi popular Indonesia, Rossa sudah diajar berpuasa oleh ibu bapanya.

Bersempena bulan puasa ini, Rossa mengambil kesempatan mengajar anaknya, Rizky Langit Ramadan yang kini berumur tujuh tahun untuk berpuasa seperti kanak-kanak lain.

"Saya tidak pernah memaksa Rizki berpuasa tapi saya selalu berpesan kepadanya kalau tidak puasa maka awak bukan orang Islam. Apabila dia mendengarnya, dia terus takut dan mahu berpuasa," kata Rossa.

Bagaimanapun, sejak menjalani ibadah puasa, penyanyi lagu Hati Yang Kau Sakiti itu memberitahu, dia belum lagi berpeluang untuk berbuka puasa bersama anak kesayangannya itu memandangkan Rizki kini berada di Sumedang, Indonesia.

"Sejak hari pertama ibadah puasa, Rizky bersama keluarga saya dan sepupunya di Sumedang. Saya berasa sunyi dan sedih kerana belum dapat berbuka puasa dengannya," kata Rossa, 35.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: "...  kalau tidak puasa maka awak bukan orang Islam....," kata penyanyi Rossa. Berpakaian seperti di atas itu, berpakaian Islamkah? Begitukah cara fikir artis kita yang mengaku Islam itu?

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis
E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails