▼
Wednesday, July 09, 2014
Azmin Hampir Pasti Kekal Timbalan Presiden PKR, Kata JPP
Proses pemilihan PKR membayangkan penyandang Mohamed Azmin Ali akan kekal sebagai timbalan presiden apabila keputusan rasmi sehingga 28 Jun menunjukkan beliau masih mendahului dua calon lain yang merebut jawatan berkenaan, kata Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP).
Pengerusi JPP Datuk Johari Abdul berkata, Azmin memperolehi 21,066 undi meninggalkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang memperolehi 14,608 undi, manakala Datuk Saifuddin Nasution Ismail masih ketinggalan dengan 9,944 undi.
Keputusan berkenaan adalah keputusan yang melibatkan 195 daripada 198 keseluruhan cabang PKR.
Johari berkata, tiga lagi cabang, iaitu Pensiangan sudah melalui proses pemilihan, namun keputusannya masih belum disahkan, manakala Kelana Jaya dan Puchong masih belum melaksanakan proses pengundian.
"Keputusan penuh pemilihan akan diumumkan ketika Kongres Nasional PKR pada 22 hingga 24 Ogos depan di Stadium Melawati, Shah Alam," katanya pada sidang medianya di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.
"Setakat ini kos kita belanjakan hampir setengah juta ringgit (untuk pemilihan),” katanya. – 9 Julai, 2014. (TMI)
Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-89: Anwar-Khalid -Gelombang Kopi Dalam Cawan?
No comments:
Post a Comment