Wednesday, July 23, 2014

Bekas CJ: Islam Terancam Di Pulau Pinang.


 
Bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad membangkitkan masalah yang dihadapi oleh umat Islam di Pulau Pinang, yang menurutnya boleh merebak jika terus dibiarkan.

Antara lain, katanya, mantan Mufti Pulau Pinang memberitahunya adalah susah mendapat peruntukan untuk aktiviti agama Islam di Pulau Pinang, kerana pemimpin agama lain juga menuntut hak yang sama.

"Jika kita tidak membendungnya, perkara seperti ini akan merebak ke seluruh Malaysia. Di waktu itu, waktu penyiaran rancangan-rancangan agama Islam di televisyen pun akan terpaksa dikongsi dengan agama-agama lain.
"Jabatan-jabatan kerajaan dan kampus-kampus universiti kerajaan yang menyediakan surau akan terpaksa menyediakan gereja, tokong dan gurdwara," tambahnya.

Ertinya, tambah beliau, kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan sudah tidak bermakna lagi.
Hamid menegaskan demikian di majlis berbuka puasa dengan beberapa NGO Islam di Kuala Lumpur, semalam.

Salinan ucapannya yang bertajuk 'Mempertahankan perlembagaan sebagai asas perpaduan negara', juga dimuatnaik di lamanweb beliau. Bekas ketua hakim negara itu yang berasal dari Pulau Pinang, mendedahkan bahawa mufti juga memaklumkan kepada beliau mengenai satu kejadian semasa perasmian sebuah bangunan di negeri itu oleh timbalan ketua menteri.

Di majlis itu, katanya, doa dibacakan oleh seorang Padri Kristian, seorang Sami Hindu dan Imam Masjid Negeri.

"Saya amat hairan mengapa Imam Besar pun turut menyertainya. Tidakkah beliau berfikir?" soalnya.
"Saya amat sedih melihat orang Melayu dan Islam begitu 'naive' sehingga mereka begitu mudah diperalatkan sehingga sanggup bertakbir dan bergolek di atas jalan raya sedangkan orang bukan Islam yang untung," tambahnya.

Hamid merujuk kepada protes ekoran BN Perak mengambil alih pentadbiran negeri itu selepas pilihan raya umum 2008.

Mengulas mengenai isu penggunaan kaliman Allah, Hamid berkata beliau hairan mengapa ada orang-orang yang dikenali sebagai ulamak tidak nampak muslihat gereja Roman Katholik yang hendak memakai kalimah Allah dalam bible Bahasa Melayu dan upacara gereja dalam Bahasa Melayu selepas 500 tahun kecewa mengkristiankan orang Melayu secara besar-besaran. (MK)


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Bila bukan kuncu-kuncu BN yang memerintah, macam-macam ditimbulkan.... biasalah perang saraf BN.

3 comments:

Anonymous said...

kamu ada tak komen majlis doa selamat Mahathir yg dilakukan oleh marina?

9/9/2007 - Program ini dimulakan dengan solat maghrib dan bacaan doa oleh Imam Feisal Abdul Rauf dan disusuli dengan bacaan doa mengikut adab agama masing-masing yang disertai oleh ;
1.Archbishop Murphy Packiam, Christian Federation of Malaysia
2.Swami Samyam Ananda, Divine Life Society (Hindu prayers)
3.Mr BS Tan, Federation of Taoist Associations of Malaysia
4.Buddhist community (TBC)
5.Sikh community (TBC)
6.Baha’i community (TBC)

apa kejadah suruh org kapir doakan org Islam. nanti bila mati suruh sami hindu bacakan talkin?

Anonymous said...

siap tak tahu ex CJ ni..karat biru
ada ke sewaktu menjadi CJ menjalnkan AMANAH sebaiknya tak da double standard?
kena beringat jugak didunia penuh dgn kemewahan dan dijamin dgn semua kemudahan...tapi ingat ingat ye atas byk perkara yg telah dilakukan..lebih dlm menjatuhkan hukuman yg tidak adil..percaya le ALLAH MAHA ADIL DAN janji ALLAH PASTI
waktu jadi cj dulu apa yg telah dia lakukan utk memartabatkan HUKUM ALLAH? dan menaikkan SYIAR ISLAM?
cuba tanya diri tu berulang ulang?????

dah pencen tu duduk diam2 jgn jadikan diri balaci lagi

Anonymous said...

Admin, Anon 7:35 -
Ada bukti dia proBN? Takde jangan cakap banyak. Buat dosa kering buat apa. 10 hari terakhir ni, eloklah banyakkan ibadah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails