Dr Azman meninjau rumah yang mengalami kerosakan dilanda ribut.
Putaran ganas ribut ini telah mengakibatkan beberapa pokok tumbang menimpa rumah kediaman serta beberapa bumbung rumah diterbangkan angin. Sebahagiannya kehilangan bumbung beserta kayu alang secara total. Sebahagian lagi rumah mengalami kerosakkan akibat dihempap pokok tumbang.
Tindakan segera telah diambil oleh Majlis Tindakan PAS Dun Jabi untuk menghulurkan bantuan awal kepada mangsa sebelum dilakukan susulan dengan tindakan lanjut termasuk gotong royong baik pulih rumah.. Apatah lagi dengan Idulfitri yang bakal menjelang beberapa hari lagi, tentunya mendiami rumah tanpa bumbung adalah menyedihkan.
Antara mangsa yang mengalami kerosakan teruk rumah adalah pemilik rumah mesra rakyat di Kampung Tasik Tok Lebai. Keseluruhan bumbung beserta kayu alang rumah ini diterbangkan angin. Memang ia ujian yang berat kerana kita sedia memahami bagaimana status ekonomi seorang yang mendiami sebuah rumah mesra rakyat.
Kita menerima takdir dan ujian Allah dengan redha. Tetapi apabila melihat cara kerja dan bagaimana sebuah rumah mesra rakyat dibina, ternyata ia dibina dengan kualiti dan kayu-kayan yang sangat ‘low class’.
Bumbungnya sekadar diletakkan di atas binaan konkrit tanpa sokongan yang kukuh. Bila-bila masa ia terdedah untuk diterbangkan angin dengan mudah. Syukur kepada Allah, tiada kemalangan jiwa yang berlaku. Tentunya dengan kualiti binaan sebegini, kontraktornya mampu meraih keuntungan berganda.
Maaf jika dikatakan, ia suatu keuntungan berganda atas kesempitan dan kesusahan orang lain. Ia rumah mesra rakyat yang juga ‘mesra angin rebut!’
Sempena dengan kesempatan di akhir Ramadhan ini, marilah kita bersama menghulur bantuan sekadar termampu agar mereka juga mampu menyambut hari kemenangan dengan senyuman sebagaimana kita. Sumbangan boleh dihulurkan melalui akaun BIMB 13035010070371 atas nama Majlis Tindakan PAS Dun Jabi.
Semoga diganjari Allah pada setiap sen yang dihulurkan. Sebarang pertanyaan boleh hubungi Pengarah Majlis Tindakan Dun Jabi, Dr Azman Ibrahim, 019-9421964. - HARAKAHDAILY 24/7/2014
No comments:
Post a Comment