Wednesday, July 09, 2014

Berdosa Besar Buka Puasa Di Kedai Jual Arak, Kata Mufti Perak

















 
Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria (gambar) berkata umat Islam berdosa besar sekiranya memilih berbuka puasa di restoran atau premis yang menjual arak. Harussani berkata,meskipun berbuka puasa di premis menjual arak tidak menyebabkan puasa umat Islam itu terbatal namun dosanya adalah sama seperti mereka yang minum, menghidang atau menjual minuman tersebut.

"Puasa mereka tidak batal tapi dia berdosa sebab reda dengan keadaan macam itu," katanya seperti dilaporkan Berita Harian.
"Hukumannya sama juga dengan mereka yang minum, menghidang atau menjual arak,” katanya.

Mufti Perak itu juga menggesa umat Islam untuk tidak berbuka puasa di premis yang menyediakan arak terutama di tempat diragui status halalnya. Akhbar itu turut memetik kenyataan Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad yang bersetuju dengan pendapat Harussani mengenai pemilihan tempat berbuka puasa yang halal tanpa adanya minum arak.

Katanya, umat Islam perlu memilih restoran atau pengurusan hotel yang berlandaskan syarak untuk dijadikan tempat berbuka puasa.

"Mencari halal itu sesuatu yang wajib, setiap orang kena pastikan mereka mendapat sumber halal dimakan.
"Kita minta umat Islam sensitif terhadap hukum itu kerana tuntutan halal itu wajib sekiranya kita langgar hukumnya berdosa," katanya.

Semalam Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyerbu sebuah restoran menjual arak di Jalan Yap Kwan Seng, Kuala Lumpur yang turut menyedikan bufet Ramadan. Penolong Pengarah Bahagian Hab Halal Jakim Muhammad Khalid Osman berkata, restoran terbabit  tidak memperolehi kebenaran untuk mengadakan promosi bufet Ramadan.

"Kita rampas kain rentang yang memaparkan iklan bufet Ramadan dan sekotak minuman keras sebagai bukti.
"Buat masa ini, operasi restoran berjalan seperti biasa tetapi tidak dibenarkan mengadakan bufet Ramadan sehingga siasatan lengkap dijalankan,” katanya.

Muhammad Khalid berkata, restoran tersebut akan disiasat mengikut Akta Perihal Dagangan 2011. – 9 Julai, 2014. (TMI)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Apakah hukumnya Mufti berkerja dengan keajaan yang menghalalkan jual-beli arak, juga cukainya dibayar gaji mufti tersebut?

1 comment:

Anonymous said...

tapi berbuka puasa dalam flight mas yang turut disajikan arak macammana pula hukumnya

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails