Friday, July 04, 2014

China Larang Puasa, M'sia Larang 'Hudud'..

Pihak berkuasa menyekat kebebasan bersuara penduduk Islam Uighur menyebabkan mereka mengadakan protes. Pihak berkuasa menyekat kebebasan bersuara penduduk Islam Uighur menyebabkan mereka mengadakan protes.

BEIJING - CHINA. China melarang kakitangan awam, guru dan pelajar di wilayah Xinjiang berpuasa, menurut laman web kerajaan, semalam. Beberapa jabatan kerajaan turut memuat naik notis terbabit sejak bermulanya Ramadan akhir minggu lalu.

Stesen radio Bozhou dan University TV menyatakan mereka akan menguatkuasakan larangan tersebut dalam kalangan anggota parti, guru dan golongan remaja di wilayah bergolak tersebut. Dalam satu kenyataan, jurucakap Kongres Dunia Uighur, Dilxat Raxit menyelar tindakan itu sebagai menyekat kebebasan beragama.

"Larangan menyekat orang Islam melaksanakan Rukun Islam itu hanya akan mencetuskan lebih banyak konflik di Xinjiang.
"Kami menggesa kerajaan menghentikan penindasan seumpama ini terutamanya ketika Ramadan," tegasnya.

Memetik laporan AFP, sejak beberapa tahun lalu, kerajaan pimpinan Parti Komunis mengenakan larangan berpuasa di Xinjiang yang didiami etnik minoriti Uighur.

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Komunis langgar hak asasi manusia melarang rakyatnya yang Islam melaksanakan ibadat puasa. Itu nampak.

Yang tak nampak ialah rakyat Islam di negara umat Islam tidak dibenarkan laksanakn Islam sebagai ad-din di negaranya. Contohnya tak dibenar laksanakan 'hudud' sebahagian dari Islam, di negeri yang dimenangi secara demokrasi seperti Kelantan.

Atas niat jahat menentang perlaksanaan hudud itu, maka perlembagan negara Malaysia 'Islam agama bagi Persekutuan (Fasal 3)' ditafsirkan secara sekular. Tafsiran ini perlu dibetulkan semula.

3 comments:

Anonymous said...

pas nk laksana hudud? ko buat lwk ke ibenu hasim? pr00000000oootttT!! dimuka ibenu hasim kahkahkah!

Kemohsabe said...

Hello anon 10.52 PAS dari tahun 1993 lagi nak buat hudud, DUN Kelantan dah lulus pun tapi telah dihalang oleh Perdana Menteri BN ketika itu iaitu atuk sedara kau Firaun Mahathir. Rujuklah sejarah dan bukaklah minda sempit kau tu. Wassalam.

Kemohsabe said...

Hello anon 10.52 PAS dari tahun 1993 lagi nak buat hudud, DUN Kelantan dah lulus pun tapi telah dihalang oleh Perdana Menteri BN ketika itu iaitu atuk sedara kau Firaun Mahathir. Rujuklah sejarah dan bukaklah minda sempit kau tu. Wassalam.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails