Seorang wanita dari Zimbabwe yang sudah berkahwin dengan dua laki-laki, mempunyai keinginan untuk berkahwin dengan dua lelaki lain lagi.
Emma Chaleka, 57 tahun, yang merupakan seorang dukun, ingin berkahwin dengan empat lelaki kerana itu merupakan impiannya, menurut laman Myzim, seperti yang dilaporkan oleh laman Emirates247, Sabtu (12/7).
Emma yang berada dalam sebuah perkahwinan polyandry dengan dua lelaki mendakwa dirinya ingin berkahwin dua kali lagi selama suaminya hidup damai di bawah satu bumbung dan menghormati apa yang dia sebut sebagai 'tugas-tugas' mereka.
Emma juga menegaskan suami pertamanya Never Mudenda justru yang memperkenalkan dirinya kepada suaminya yang kedua, Sikabenga Pendasi, 55 tahun.
Maklumat Tambahan:
Perkahwinan polyandry telah menjadi perbincangan di pinggir Bandar Gadzema, Provinsi Mashonaland West, Zimbabwe. Perkahwinan kedua Emma terjadi setelah Sikabenga Pendasi membawa ayam kepadanya sebagai hadiah perkahwinan dan mereka mengucapkan janji perkahwinan di hadapan saksi, yakni seorang tetangga.
Namun, suami pertamanya merasa cemburu kepada suami kedua Emma. Mudenda dan anak-anaknya berkumpul dan menyerang suami barunya itu. Namun, Emma memujuk Pendasi agar tidak mengajukan tuntutan ke polis kerana dia takut anak-anaknya juga akan ditangkap oleh polis. Emma mempunyai sebelas anak dari almarhum suaminya yang kedua dan dua anak dari Never Mudenda.
(IH)
1 comment:
Nama dia pun dah chelaka dan suami pertama pun nama never munenda (Tidak mengapa ) jadi dua-dua sama maka boleh la tambah berapa pun yang dia suka.
Post a Comment