Monday, July 14, 2014

‘Dakwah’ Di Facebook Dorong Guru Peluk Islam

20140613_140949
KETIKA facebook mula diragui ramai, sesetengah pula melabelnya sebagai agenda musuh Islam, Soh Chee Thor sebaliknya mula mendekati Islam melalui medium itu.
Betapa tidak, beliau kerap mengongsi kata-kata hikmah yang dipetiknya dari pelbagai halaman facebook (fanpage) termasuk sebahagian halaman dakwah Islam.

fb

Beliau kerap berbuat demikian ketika berasa lost atau teraba-raba dalam kehidupan khususnya saat mendepani rintangan kehidupan yang pelbagai. Sejak itu, Chee Thor berasa tenang berbuat demikian – berkongsi rasa dan pengetahuan serta amalan kebaikan dengan sesama insan lain tanpa mengira kaum atau agama.

Kekerapan itu menyebabkan sebahagian kenalan di facebook menyangka sebagai seorang Islam.
Hakikatnya, beliau pernah menganut dua agama berbeza sedari kecil hingga dewasa sebelum menganggap dirinya sebagai mirip kepada free thinker.

Facebook – sebuah rangkaian sosial berteras internet kerap dikecam segelintir umat berfahaman konservatif sebagai alat propaganda musuh Islam berikutan pengasas media sosial itu, Mark Zuckerberg dikatakan berketurunan Yahudi.

Pengguna facebook menjangkau 400 juta pengguna aktif di seluruh dunia sejak memulakan operasi pada 2004 dan kini beribu pejabat di di California, Amerika Syarikat. Selain itu, keberadaan ramai kenalan Islam ketika saat susah dan senang, mendorong Chee Thor yang mengajar di sebuah sekolah di Klang, menyenangi agama itu.

20140627_145657

“Tak sampai tengok awak masuk neraka (kerana bukan Islam). Awak orang baik-baik.”

Kata-kata dari beberapa rakannya meresap dan begitu terkesan di hati ibu tunggal yang memiliki dua anak itu. Hati Chwee Thor mula berdetik untuk menganut Islam tetapi beliau memberi ruang pada diri sendiri untuk menghayati, belajar perihal Islam kerana tidak mahu terburu-buru keputusan.

Perlahan-lahan beliau juga mula melakukan rutin ibadat Islam sekalipun belum melafaz syahadah termasuk berpuasa pada Ramadan sejak empat tahun lalu. Malah, beliau berpuasa penuh tahun lalu dan menyertai solat Terawih beberapa kali.

“Tak susah pun berpuasa,” katanya sambil tersenyum apabila ditanya saat-saat melalui pengalaman itu.

Selain itu, beliau memiliki rakan mualaf yang kini menetap di Johor untuk dijadi rujukan sekaligus menguatkan tekadnya untuk menjadi seorang muslim.

“Dia juga pernah mendoakan saya untuk masuk Islam ketika mengerjakan ibadah haji di Mekah. Barangkali berkat doanya, akhirnya saya menganut Islam,” katanya.

Chee Thor yang berusia 47 tahun melafaz kalimah syahadah di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam dengan menggunakan nama Zuyyin Alisha. Kini, Alisha sudah hafaz bacaan al-Fatihah kecuali beberapa sebutan yang kurang tepat, selain wuduk dan solat selepas bersungguh-sungguh mempelajari ibadah Islam.

Beliau bernekad untuk mendalami Islam sebaik-baiknya dengan mengikuti kelas Iqra anjuran Abim Outreach yang bertanggungjawab membawanya kepada agama itu. (SK)

Lihat sebelum ini...
E-Buku IH-43: Kisah-kisah Saya Pilih Damai... Islam
E-Buku IH-43: Kisah-kisah Saya Pilih Damai... Islam

No comments:

Post a Comment