
KUALA LUMPUR: Seramai 20 orang peneroka Felda dari Gugusan Bera dan Rompin membuat laporan Polis di IPD Kuantan kerana dinafikan wang dividen FGV dan saguhati hari raya yang berjumlah hampir seribu ringgit.
Mereka adalah sebahagian daripada lebih seribu orang peneroka seluruh negara yang tidak dibayar sebagaimana sepatutnya, meskipun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kenyataannya pada 6 Julai 2014 lalu menyebut dengan jelas bahawa seramai 112,635 orang peneroka layak menerimanya.

"Ia bertentangan dengan hak asasi dan Perlembagaan Negara yang membenarkan setiap warganegara mendapatkan haknya mengikut saluran undang-undang," katanya dalam satu kenyataan.
Tegas Mazlan, usaha para peneroka Felda membuat laporan polis adalah wajar setelah pihak Felda bertegas enggan membayar saguhati Hari raya dan dividen FGV seperti mana sepatutnya.
"Bukan sahaja enggan berunding, peneroka dihamburkan kata-kata yang amat mengguris perasaan.
"Saya telah membuat perbincangan dengan team peguam Anak dan setelah meneliti kes ini, ada asas yang kuat untuk mengambil tindakan terhadap pengurusan Felda," katanya.

"Sikap berdendam Felda nampaknya tidak reda walaupun dalam bulan ramadhan. Justeru, langkah membuat laporan polis dan tindakan undang2 terpaksa dilakukan kerana itulah pilihan yang ada," katanya.
Felda sebelum ini, mengumumkan 'durian runtuh' kepada peneroka Felda sempena Aidilfitri menerusi pembayaran dividen saham individu dan dividen tabung amanah daripada FGV.
Namun, Felda memaklumkan bahawa para peneroka yang terlibat dalam kes saman agensi itu tidak akan dibayar duit raya dan dividen FGV. - HARAKAHDAILY 24/7/2014
No comments:
Post a Comment