Friday, July 25, 2014

Gaza & 6 Perkara Penting - Yusuf Qaradhawi

https://scontent-a-sin.xx.fbcdn.net/hphotos-xpf1/t1.0-9/10537146_328008557357414_4347043921943594334_n.png

Pengerusi Kesatuan Ulama Islam Antarabangsa (IUMS) Sheikh Dr Yusuf Qaradhawi menegaskan bahawa pejuang dan rakyat Palestin tidak boleh dibiar bersendirian dalam menghadapi rejim Zionis Israel.

Menulis di Twitter beliau, Qaradawi berkata, seluruh dunia khususnya umat tidak boleh hanya berpeluk tubuh melihat rakyat Palestin diratah tentera rejim.

Katanya, antara tugas penting umat Islam ketika ini adalah menyokong Palestin dengan menyumbang makanan, bekalan perubatan dan juga senjata.

"Islam menganjurkan perpaduan tidak kira berapa banyak jumlah negara-negara Islam yang ada. Pejuang Palestin tidak boleh ditinggalkan sendirian," tulis beliau.

Beliau juga mengutuk sikap negara Arab yang berdiam diri dalam isu Palestin ini. Malah lebih malang kata beliau apabila melabelkan Hamas sebagai pengganas.

"Melabelkan gerakan Hamas sebagai pengganas adalah satu tragedi," katanya.

Qaradhawi, dalam temu bual di televisyen sebelum ini, memuji ketabahan pejuang Palestin dalam menghadapi pencerobohan kejam tentera rejim Israel. Beliau menegaskan adalah tanggungjawab bagi orang Islam untuk pemperjuang pembebasan Palestin.

Dr. Yusoff al-qaradhawi telah dijemput untuk memberikan ucapan atau pendapatnya tentang isu semasa yang berlaku pada hari ini. Disalam satu rancangan yang bertajuk “politik didalam agama” di bawah televison Al-jazeera. Antara Isi penting yang di highlightkan ialah :

Dr. Yusoff al-qaradhawi mengatakan :

1- Islam menfardhukan umatnya agar sentiasa bersatu padu terhadap sesama muslim walaupun berbeza bangsa dan negara serta tidak boleh untuk kita mengabaikan atau tidak memberikan sokongan terhadap sebarang kebangkitan yang dilakukan oleh umat Islam lainnya (ditempat lain).

2- Dengan apa yang berlaku di Gaza, Palestin pada saat ini, wajib terhadap negara-negara islam yang lain untuk memberikan bantuan dan sokongan terhadap kebangkitan yang dilakukan oleh penduduk gaza, Palestin dalam bentuk bekalan makanan, perubatan dan senjata.

3- Mesir khususnya perlu memainkan peranan penting dalam isu Gaza, Palestin ini dan tidak boleh bagi mereka untuk bertangguh-tangguh dan bersambil lewa.

4- Kita tahu, bahawa pihak pemerintah Mesir (Rejim Kudeta As-sisi) mengambil mudah tentang isu kebangkitan rakyat Gaza, Kerana mereka langsung tidak mencari dan menolak sebarang inisiatif ke arah penyelesaian.

5- (Sungguh, itulah yang berlaku pada Mesir pada ketika ini), rakyat Mesir hidup dalam keadaan serba kekurangan dan penindasan. Malahan, pihak Rejim Kudeta memerintah Mesir umpama raja yang mengawal segala ekonomi dan politik kehidupan mereka.

6- Sepanjang umur hidupku, aku tidak pernah mengutuk Mesir. Namun, aku amat benci terhadap Pemerintah Zalim yang mentadbir Mesir dan aku amat menentangnya.

(IH/ HD/Al Jazeera)

No comments:

Post a Comment