KUALA LUMPUR: Hamas mengingatkan rejim zionis Israel bahawa Gaza akan menjadi perkuburan kepada tentera negara haram itu.
Jurucakap Hamas, Sami Abu Zuhri (gambar) menegaskan demikian semalam, sehari setelah rejim Israel melancarkan serangan darat ke Gaza.
“Kami memperingatkan Israel terhadap perang darat,” katanya kepada bilik berita Lebanon Al-Mayadeen TV.
Ini, jelasnya seperti operasi yang akan memungkinkan Hamas untuk membebaskan tahanan mereka yang masih berada di penjara Israel.
"Kami
akan menangkap tentera Israel dan lakukan pertukaran tawanan berikutnya
atau Gaza akan menjadi kuburan bagi tentara penjajah, dan ini bukan
slogan. Waktu akan mengungkapkan untuk si pengecut Netanyahu. Dia akan
membayar harga yang mahal," tegasnya dipetik daripada portal eramuslim.
Ditanya
mengapa Hamas tidak mahu menghentikan serangan roket sehingga mendorong
kabinet Israel untuk memilih operasi darat, Abu Zuhri menegaskan "itu
semacam keputusan yang akan kami lakukan selama masih dalam penjajahan.
Dengan pengorbanan darah ini [yang disebabkan oleh pertempuran dengan
Israel], kami akan membawa kehidupan yang normal di Jalur Gaza”.(HD)
No comments:
Post a Comment