Wednesday, July 16, 2014

Gaza: Hari Ke 10, Korban Meningkat 200, Lebih 1,500 Cedera


GAZA: Tentera Zionis Israel terus memperhebat serangan ke atas Gaza masuk hari kesembilan semalam yang mengakibatkan jumlah korban rakyat Palestin meningkat kepada 200 orang dan lebih 1,500 lagi cedera. Rata-rata mereka yang syahid dan cedera adalah orang awam, wanita dan kanak-kanak.

Laporan Kementerian Perumahan dan Pekerjaan Umum Palestin menyebut bahawa sebanyak 13,360 rumah telah musnah.  560 daripadanya hancur total, 12,800 hancur sebahagian dan 520 rumah tidak boleh lagi diduduki.

Hari ini genap sepuluh hari tentera zionis Israel membedil jalur Gaza dan meratah nyawa rakyat Palestin. Tentera Hamas, Briged al Qassam juga turut membalas serangan ke kota-kota zionis.

Buat pertama kalinya, al-Qassam berjaya menggempur kota Haifa di wilayah utara Israel dengan roket jenis “R160” dan kota Jerussalem dengan roket jenis “M75”. - HARAKAHDAILY 16/7/2014

1 comment:

Anonymous said...

Yg hari2 canang kata itu ini seakan2 kemenangan dan kekuatan dipihak Plastine tapi berita2 kematian cuma dipihak Palestine. Kami pembaca gembira bila gembar gembur kata kekuatan Palestine dan macam2 lagi tentang Al-Qasam tapi waktu yg sama hati kami hancur bila setiap hari cuma berita kematian dipihak Palestine. Tlglah bagilah gambaran sebenar jgn nak menyedapkan hati pembaca shj.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails