Laporan itu bagaimanapun tidak menyatakan nama komander terbabit namun menyebut ia adalah dari sumber rasmi tentera rejim. Serangan tentera Israel terhadap penduduk Gaza bermula sejak 7 Julai lalu dengan bedilan roket, serangan udara, laut dan juga darat.
Puluhan ribu tentera Israel dikerah dalam operasi 'pembunuhan' rakyat Palestin kali ini. Setakat ini sekurang-kurangnya 573 penduduk Gaza dilaporkan maut, 3400 lagi cedera yang majoritinya adalah orang tua, wanita dan kanak-kanak.
Briged Al-Qassam juga turut melancarkan serangan balas sebagai mempertahankan Gaza dari terus diserang. Sehingga kini lebih 25 tentera Israel maut dan lebih 90 lagi cedera dalam operasi ini. - HARAKAHDAILY 22/7/2014
No comments:
Post a Comment