Saturday, July 26, 2014

Gaza Maut 844, Israel 38 (25Jul). Demo Bantah Israel Di New York.

gaza3
NEW YORK, 26 JULAI : Ribuan masyarakat terdiri daripada pelbagai kaum dan agama mengambil peluang mengadakan demonstrasi secara aman bagi membantah serangan Israel ke atas semenanjung Gaza yang mengorbankan hampir 850 rakyat Palestin, di bandar New York, petang semalam.
Berdasarkan laporan Reuters, polis terpaksa mengawal kira-kira 3000 peserta demonstrasi yang membanjiri jalan raya di sekitar Times Square dengan mengibar bendera Palestin sambil mengutuk serangan Israel.

Seorang rakyat warganegara Palestin-Amerika, Ramsey Jamal, 37, berkata mereka bukan sengaja mahu mencipta kontroversi, sebaliknya inginkan kesengsaraan rakyat Gaza ditamatkan dan hidup seperti manusia biasa.

“Kami cuba untuk memecahkan pengepungan dan mengakhiri pembunuhan di Palestin. Kami hanya mahu mereka hidup seperti manusia,” katanya yang berasal dari Montgomery, New York.
Di bandar New York, orang ramai berarak melalui jalan-jalan sibuk di sekitar Midtown Manhattan sambil melaungkan “Bebas, bebas Palestin!” dan “1,2,3,4, berhenti pembunuhan, berhenti perang!”
gaza-photo

Angka kematian rakyat Palestin di Semenanjung Gaza, pada 25 Julai lalu meningkat kepada 844 orang, kebanyakan terdiri daripada orang awam. Manakala, 35 tentera Israel dan tiga orang awam turut maut dalam serangan berbalas itu.
Pada masa sama, kedua-dua pihak bersetuju untuk melakukan gencatan senjata kemanusiaan selama 12 jam bermula hari ini.
-NFN-

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails