Thursday, July 24, 2014

Hamas Bunuh Lebih Dari 52 Tentara Israel..

Ahmad Yusuf: Hamas telah bunuh lebih dari 52 tentara Israel
Jalur Gaza di bom israel. ©REUTERS

SALAH satu pentolan Hamas, yakni Ahmad Yusuf, penasihat Ismail Haniyah, akhirnya berjaya saya hubungi melalui telefon mudah alih mereka. Dia mengaku bersembunyi di sebuah lokasi dirahsiakan.

"Faisal, saya tidak berbual panjang dengan kamu," kata Ahmad Yusuf saat dihubungi merdeka.com melalui telefon mudah alih mereka hari ini. "Keadaan tempat di mana saya berdiri sangat berbahaya dan bateri saya juga mau habis."

Dia mengesahkan Brigade Izzudin al-Qassam (sayap tentera Hamas) telah menawan satu askar Israel bernama Shaul Oron. Dia ditangkap dalam pertempuran di Shijaiyah Ahad minggu lalu. Baku tembak di daerah itu menewaskan lebih dari seratus warga Gaza.

Ahmad Yusuf membantah berita kebanyakan media Barat menyebut baru 29 serdadu negara Zionis terbunuh. Menurut dia, Hamas telah membunuh lebih daripada 52 tentera Israel dan mencederakan ratusan lain.

Berikut penjelasan Ahmad Yusuf kepada Faisal Assegaf dari merdeka.com.

Apa benar Hamas telah menawan satu tentera Israel?
Benar, Brigade Al-Qassam telah menawan satu serdadu Israel. Pihak tentera Israel juga sudah mengumumkan mereka telah kehilangan seorang askar dan dia sudah ditawan oleh Hamas.

Siapa namanya?
Shaul Oron.

Di mana dan bila-bila dia ditangkap?
Shaul Oron ditangkap dalam pertempuran di Shijaiyah Ahad minggu lalu. Dalam sebuah serangan hendap, pasukan brigade Izzudin al-Qassam berjaya membekuk dia dan kini ditawan di sebuah tempat di Gaza. Mereka juga menewaskan 14 tentera Israel lainnya. Pertempuran saat itu merupakan penentuan paling berdarah sejak pencerobohan berlangsung.

Apakah ditawannya satu askar Israel merupakan tamparan hebat buat mereka?
Ini benar-benar pukulan telak mendarat di wajah Israel yang sombong. Melalui serangan udara, kapal perang, dan meriam, Israel memang telah membantai rakyat kami. Tapi di medan pertempuran darat, sudah banyak tentera Israel tewas dan cedera. Alhamdulillah, kami berada di atas angin dan dalam jalur kemenangan.

Israel mendakwa 29 tenteranya terbunuh. berapa angka versi Hamas?  
Hamas telah menyebut sudah lebih dari 52 tentera Israel terbunuh dan beratus-ratus yang lain cedera. Ini diakui pula oleh sumber-sumber yang tahu dengan operasi ketenteraan Israel dan pihak-pihak hospital di negara itu.

Tapi kenapa Israel menyebut baru 29 serdadu tewas?
Ini bahagian dari propaganda Israel. Mereka harus mengurangkan angka jumlah korban tewas di pihak mereka untuk menjaga semangat pasukan dan rakyat Israel. Yang pasti, Israel benar-benar mengalami tamparan hebat. Perlu diingat pula, pertempuran darat masih berlangsung di sekitar sempadan, belum masuk hingga ke pusat Gaza.

Apakah menggunakan terowong benar-benar strategi jitu menghadapi pasukan Israel dalam pertempuran darat?
Memang benar, lebih dari 52 tentera Israel itu terbunuh dalam pertempuran jarak dekat. Kami memang memakai terowong-terowong tembus hingga ke wilayah Israel untuk menyergap mereka. Strategi semacam ini pernah diamalkan di Vietnam dan berjaya.

Jadi rangkaian terowong telah dibina Hamas seluruh Gaza menguntungkan?  
Hamas benar-benar bersedia menghadapi pertempuran darat dengan pasukan Israel. Kami akan terus berjuang dan insya Allah telah berada di jalur kemenangan.
(IH/ fas)

Ini juga maklumat terkini.. 

AL QASSAM musnahkan 20 kereta kebal dan membunuh 67 tentera Israel

Kejayaan Perang Darat Al-Qassam sehingga 21 Julai 2014 :

1. Berjaya membunuh 67 orang tentera rejim Zionis.
2. Berjaya mencederakan 150 orang tentera rejim Zionis.
3. Berjaya menawan seorang tentera rejim Zionis iaitu Sha'ul Aron.
4. 7 buah Jip berjaya dimusnahkan.
5. 3 buah drone berjaya dimusnahkan.
6. 20 kereta kebal berjaya dimusnahkan.
7. 8 buah tanker berjaya dimusnahkan.
8. 3 buah jentolak berjaya dimusnahkan.

Kejayaan Briged-Briged Mujahidin Di Gaza sehingga 23 Julai 2014


Tentera rejim Zionis yang terbunuh : 92
Tentera rejim Zionis yang cedera : 168
Tentera rejim Zionis yang ditawan : 1
Jip tentera rejim Zionis yang berjaya dimusnahkan : 7
Pesawat kecil tentera rejim Zionis yang berjaya dimusnahkan : 3
Kereta kebal tentera rejim Zionis yang berjaya dimusnahkan : 24
Personnel Carrier tentera rejim Zionis yang berjaya dimusnahkan : 10
Jentolak tentera rejim Zionis yang berjaya dimusnahkan :6

Alhamdulillah.

(IH/KP)

No comments:

Post a Comment