PENDUDUK Palestin melihat sebuah rumah yang musnah selepas dibedil jet Israel di Bandar Gaza semalam
GAZA 15 Julai - Hamas hanya akan menamatkan pertempuran dengan Israel
jika beberapa syarat daripada negara itu dipersetujui, namun setakat
ini tiada usaha serius ke arah perdamaian.
"Perbincangan mengenai gencatan senjata memerlukan usaha serius yang
belum dilakukan setakat ini," kata pegawai perundangan Hamas, Mushir
al-Masri.
Masri berkata, Hamas hanya akan berbincang berdasarkan beberapa
konsesi yang perlu dipersetujui Israel, termasuk menarik balik sekatan
di Semenanjung Gaza, membuka semula sempadan Rafah di Mesir dan
melepaskan banduan Palestin yang ditahan semula oleh Israel selepas
ditukar untuk anggota tentera Israel Gilad Shalit.
"Gencatan senjata mesti berdasarkan syarat yang kami senaraikan dan
permintaan yang berkurangan tidak akan diterima," kata Masri. - AFP
No comments:
Post a Comment