Thursday, July 17, 2014

Hari ke-11: Korban Gaza 224. Hamas Serang Balas.

Serangan roket pejuang Palestin

GAZA: Hari ini masuk hari ke sebelas serangan tentera regim Zionis ke atas kota Gaza Palestin.

Sehingga setakat ini, jumlah rakyat Gaza yang gugur syahid mencecah 224 orang manakala 1670 lagi cedera. Hamas semalam menyatakan persetujuan dengan cadangan PBB agar genjatan senjata sementara selama lima jam diadakan bagi membolehkan penyaluran misi kemanusiaan ke Gaza.

Pemimpin Hamas, Sami Abu Zuhri berkata mereka menerima tawaran tempoh tenang bermula jam 10 pagi hingga 3 petang hari ini. Sebelumnya, radio Zionis menyebutkan bahawa pihak Israel juga bersetuju dengan cadangan tempoh tenang itu.

Walaupun genjatan senjata akan dilakukan, tentera Israel didakwa masih melakukan pemburuan dan menembak kumpulan tentera Hamas, Briged al- Qassam. Sebagai tindak balas, al-Qassam turut melepaskan roket mereka  ke salah satu pangkalan penting angkatan udara Israel, Navatim, di dekat Tel Aviv.

Dikutip Al-Quds Media, Al-Qassam menyatakan bahawa pihaknya menembak empat roket jenis M-75 ke lapangan terbang tentera Nevatim pada Rabu siang waktu setempat (16/7/2014). Selain itu, Al-Qassam juga menembakkan 15 roket jenis Grad ke bandar Ashkelon dan sejumlah besar roket jenis 107 ke salah satu markas tentera dekat sempadan Jalur Gaza. (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails