Sunday, July 20, 2014

Ini Artis Paling Popular Di Dunia, Mengapa?


Shakira di penutupan Piala Dunia 2014 (REUTERS/David Gray)

HALAMAN HIBURAN
HARI ini, sosial media boleh dijadikan rujukan mengenai berapa banyak fans yang dimiliki seorang artis. Jika melihat media sosial yang paling banyak digunakan masyarakat dewasa ini, Facebook lah jawapannya.

Maka, orang yang paling terkenal di Facebook pun boleh disebut sebagai orang paling popular di bumi ini. Menurut laman People, belum lama ini Shakira merasa senang menjadi pemecah rekod. Ia adalah orang pertama yang mempunyai pengikut sebanyak 100 juta di akaun Facebooknya.

"Saya merasa terhormat dan rendah hati telah mencapai tonggak sejarah ini," ucap penyanyi asal Colombia tersebut.

Bahkan, pengasas Facebook sendiri mengucapkan selamat kepada Shakira. "Pencapaian luar biasa bagi orang yang juga luar biasa," tulis Mark Zuckerberg di ruang komen akaun Facebook Shakira.

"Sosial media khususnya Facebook telah membantu saya dan artis lain merapatkan jarak antara panggung dan peminat," lanjut Shakira yang juga seorang isteri dari pemain bola sepak Barcelona, Gerard Pique itu. 

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Begitukah cara nilai kerjaya seseorang artis? Itu cara nilai menurut masyarakat jahiliyah sebelum Islam. Bagaimana Islam menilainya? Sila beri komen sikit! (IH)

Lihat ini..
E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis

E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis

No comments:

Post a Comment