Monday, July 14, 2014

Ini, Israel Serang Muslimah Se Dunia Melalui Taula Wanita. Jaga!




Nandang Burhanudin, Wartawan Palestin membocorkan strategi kerajaan Zionis Israel untuk menyebarkan virus Aids di setiap pembalut taula wanita. Produk tersebut akan ditulis:

"Made In Kingdom of Saudi Arabia", namun sebenarnya produk Israel.

Sasarannya adalah;

  1. Membunuh wanita-wanita Arab dan umat Islam yang sangat subur melahirkan anak-anak.
  2. Memburukkan imej muslimah, kerana ternyata terkena virus HIV / Aids dalam keluarga yang menghormati norma-norma IslamDimana lazimnya kaum Hawa saat ini, selalu menggunakan pembalut saat haid. Ketika itulah virus akan menebar dan bercampur darah apabila digunakan dalam masa melebihi 30 minit. Akhirnya virus HIV pun akan menjangkiti pengguna. 
(IH)

2 comments:

Mohd Shukor said...

Salam. Sepengetahuan saya Aids tak boleh disebarkan melalui kaedah ini.

AHP Pie@Mohamad bin Wahid said...

Sila like & sebarkan fanpage ini...

HENTIKAN PEMBOHONGAN INI

Isu tuala wanita yang didakwa dicemari darah PLHIV dan memungkinkan jangkitan HIV adalah isu lama tetapi diulang2 tanpa jemu. Akibatnya stigma, diskriminasi dan judgemental akibat salah faham tentang HIV tidak pernah habis.

Rujuk sini:
http://www.dramadunia.my/2014/07/subhanallahzionis-yahudi-meletakkan.html?m=1

Belum termasuk berita kononnya kemungkinan dijangkiti HIV jika memakan makanan dalam tin yang didakwa produk daripada Thailand, nanas yang dicemari darah penjual nanas (PLHIV) yang terluka, jarum suntikan yang tertanam di taman2 permainan/ pantai, virus HIV dalam minuman & makanan tertentu dan sebagainya.

Kalau ditambah dengan berita palsu lain seperti dijangkiti HIV akibat digigit nyamuk, ketika bergelut dengan penyalahguna dadah, menolong mangsa kemalangan berdarah, batuk, bersin, bersentuhan dengan PLHIV, berkongsi kolam renang dan tandas awam, berkongsi makanan, pakaian dan sebagainya... tak tahu berapa banyak fitnah yang PLHIV & affected people kena tanggung.

Kalaulah semudah itu HIV berjangkit, hampir semua doktor di dunia ini adalah PLHIV dan bayangkan jumlah non-PLHIV yang telah dijangkiti HIV kerana hakikatnya setiap hari non-PLHIV sentiasa bergaul & berurusan dengan PLHIV tanpa mereka sedari.

Penyebar berita2 hoax begini barangkali kerana demi saingan perniagaan, kurang cerdik (dan sedang membuktikan dirinya tidak cerdik), bergurau tidak kira tempat atau sakit jiwa.

Tolonglah faham bahawa sesiapa yang menyebarkannya adalah termasuk ke dalam golongan orang2 yang zalim.

وَالَّذِينَ يُؤْذُونَ الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ بِغَيْرِ مَا اكْتَسَبُوا فَقَدِ احْتَمَلُوا بُهْتَانًا وَإِثْمًا مُّبِينًا

Dan orang-orang yang menyakiti orang-orang yang mukmin dan mukminat tanpa kesalahan yang mereka lakukan, maka sesungguhnya mereka telah memikul kebohongan dan dosa yang nyata.
(QS. Al Ahzab : 58)

HIV tidak pernah dibuktikan tersebar di luar tubuh manusia dan mampu bertahan di luar tubuh manusia.

Nama virus sahaja pun dah menunjukkan cara jangkitan.
H-HUMAN
(dari dalam tubuh ke dalam MANUSIA sahaja)
I- Immunodeficiency.
V- Virus.

Tak perlulah merapu merepek meraban yang kononnya HIV boleh berjangkit dengan cara2 yang didakwa. Ada banyak cara lain untuk dapatkan "like" yang banyak atau popularkan website atau blog anda.

Ada sesiapa yang mahu bincang tentang isu jarum suntikan yang kononnya tercemar darah HIV yang dikambus di pantai2 atau taman permainan yang mengakibatkan jangkitan HIV? Silakan...

No. Akaun PPWM:
Bank: Maybank
Nombor Akaun: 5560 5750 3949
Nama Pemegang Akaun: Pertubuhan Positive Warriors Malaysia.

"Pertubuhan Positive Warriors Malaysia (PPWM) komited menentang PENGANIAYAAN, STIGMA, DISKRIMINASI & JUDGEMENTAL secara terbuka."

AHP Pie,
http://www.positivewarriors.org
http://akuhivpositif.blogspot.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails