▼
Sunday, July 20, 2014
Ini, Kartun Netanyahu Pukul Bayi Palestin, Muncul Di AS
Akhbar terkenal Amerika Syarikat 'the Washington Post' memuatkan gambar kartun memperlihatkan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu memukul seorang bayi Palestin.
Organisasi Yahudi Amerika Wieshental Center mengecam kartun yang muncul di laman perkongsian video YouTube itu. Karikatur itu bertujuan memperlihatkan betapa tidak seimbangnya penderitaan dialami rakyat Palestin berbanding rakyat Israel dalam serangan tentera Negeri Zionis itu ke jalur Gaza dalam beberapa minggu terakhir, seperti yang dilaporkan oleh akhbar the Jerusalem Post, Jumaat (18/7).
Kartun itu dibuat oleh salah satu editor kartun di akhbar itu, Ann Telnaes. Rabbi Abraham Cooper sebagai ketua organisasi Yahudi itu menyebut
kartun itu menjijikkan.
"Sangat menjijikkan the Washington Post memaparkan kartun animasi yang sangat tidak sesuai dengan kebenaran," kata Cooper dalam satu kenyataan kepada media semalam. "Jutaan warga Israel, lelaki, wanita, dan anak-anak harus berlindung di ruang-ruang kubu kerana serangan ribuan roket Hamas."
No comments:
Post a Comment