Thursday, July 24, 2014

Islam Terancam Di Pulau Pinang, Guan Eng Jawab..


 Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menegaskan kerajaan negeri DAP menyediakan peruntukan lebih banyak berbanding ketika ia di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN) dahulu. – Gambar fail The Malaysian Insider, 23 Julai, 2014.  
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menegaskan kerajaan negeri DAP menyediakan peruntukan lebih banyak berbanding ketika ia di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN) dahulu. – Gambar fail The Malaysian Insider, 23 Julai, 2014.  

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mengecam bekas Tun Abdul Hamid Mohamed sebagai seorang "penipu, rasis dan estremis" kerana menuduh agama Islam terancam di negeri tersebut.
Lim berkata, kerajaan negeri DAP menyediakan peruntukan lebih banyak berbanding ketika pentadbiran Barisan Nasional (BN) dahulu.

"Bekas ketua hakim hanya mendedahkan dirinya sebagai seorang rasis, ekstremis dan penipu. Dia kata kami abaikan Islam tapi buta untuk melihat yang kami sudah meningkatkan peruntukan kepada mereka.
"Malah, kami beri lebih banyak peruntukan kepada orang Islam berbanding BN buat hingga Gerakan serang kami. Itu Umno kata kami abaikan Islam?" katanya kepada The Malaysian Insider di Parlimen hari ini.

Lim berkata kenyataan sedemikian bermotif politik, malah Gerakan dan Umno yang bersama dalam BN juga tidak konsisten dengan pendirian mereka.

"Mengapa ada perbezaan? Gerakan kata kami beri terlalu banyak dan Umno kata lain pula," katanya.

Abdul Hamid dalam ucapan yang dimuat naik menerusi laman sesawangnya berkata, kedudukan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan kini terancam di bawah pentadbiran DAP Pulau Pinang.
Katanya, ramai rakyat bukan Islam di Malaysia mahu agama mereka diberikan status yang sama.
Antara lain katanya, bekas mufti Pulau Pinang memberitahu susah mendapat peruntukan untuk aktiviti agama Islam di Pulau Pinang, kerana pemimpin agama lain juga menuntut hak yang sama.

“Jika kita tidak membendungnya, perkara seperti ini akan merebak ke seluruh Malaysia. Di waktu itu, waktu penyiaran rancangan-rancangan agama Islam di televisyen pun terpaksa dikongsi dengan agama-agama lain.
“Jabatan-jabatan kerajaan dan kampus-kampus universiti kerajaan yang menyediakan surau akan terpaksa menyediakan gereja, tokong dan gurdwara,” kata Abdul Hamid.

Ertinya, tambah beliau, kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan sudah tidak bermakna lagi.
Lim berkata dakwaan Abdul Hamid tersebut tidak berasaskan fakta.
Menurut Lim lagi, ia bukan perkara luar biasa apabila pentadbirannya dituduh sebagai anti-Islam dan anti-Melayu. – 23 Julai, 2014. (TMI)

Lihat..

2 comments:

maae said...

Ini penjelasan Tun Hamid merujuk RUU yang di rangka. Bayangkan apa terjadi jika peruntukan ini jadi realiti ?

Menyuruh melayu berfikir menjaga hak melayu yang sudah termaktub.

Anonymous said...

Maae, Melayu UMNO adalah bangsa yang takut bersaing....kurang berdaya maju, mengharap bantuan dan sudah pun menjadi/dijadikan pengemis dibumi mereka sendiri oleh pemimpin pilihan mereka (UMNO 7.9juta pengemis BRIM.)Ubahlah.... cara berfikir, cara beragama, ( bersungguh2 lah dengan cara ISLAM) InsyaAllah anda tak jadi PENGEMIS seperti digalakkan oleh UMNO....(dimana MELAYU merempat, disitu UMNO menang.....renung2kan.) DR. G.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails