Monday, July 14, 2014

Israel: Bukan Hapus Hamas, Tapi Hapuskan Bangsa Arab.



Israel hendak hapus bangsa Arab dari peta dunia
Serangan Israel ke Palestin. ©REUTERS
Sebuah makluman dari penulis Gideon Levy sungguh mengejutkan. Tujuan Israel asli diyakini bukan menghabiskan kumpulan pejuang Hamas, namun lebih besar lagi. Mereka ingin membersihkan bangsa Arab.

Membunuh orang awam Palestin sudah menjadi sebahagian daripada dasar Israel, demikian dikatakan Levy seperti dilansir dari akhbar Haaretz, Ahad (13/7). Israel percaya menghabiskan mereka maka Negeri Zionis itu akan selamat. Alasan Israel hendak menjatuhkan Hamas sangat tidak realistik dan tidak dibenarkan lantaran di balik itu mereka mempunyai tujuan lain yang lebih parah yakni membantai orang-orang berdarah Arab.

Israel telah membuat peta pembunuhan itu, sekurang-kurangnya perkara itu boleh dilihat secara jelas pada stesen televisyen Al Jazeera yang lebih berimbang memberitakan pencerobohan tentera Negeri Bintang Daud itu. Levy menegaskan kita semua akan terkejut melihat gambar-gambar ditayangkan Al Jazeera. Mayat-mayat warga Gaza terkumpul dan lebih banyak lagi mangsa pembunuhan beramai-ramai makin membuat Israel bangga.

Total korban mencapai ratusan dan 24 di antaranya anak-anak. Israel mengebom sekolah bahkan rumah sakit, namun tak satu pun keadilan boleh mengheret mereka untuk mempertanggungjawabkan perbuatannya. Meski secara jelas kejahatan kemanusiaan berlaku di depan mata tapi Pasukan Pertahanan Israel (IDF) selalu berkata serangan mereka sudah sesuai dengan perintah dari pusat.  
Berbeza dengan keadaan di Iraq dan Syria yang juga tengah konflik. Warga Gaza tak mempunyai kemudahan mewah saat ini diperlukan pelarian yakni melarikan diri. Gerbang Rafah sebagai satu-satunya jalan keluar ditutup oleh Mesir sebagai pemilik sah dan ini membuat mereka perlu bertahan hidup di tengah gempuran tentera Zionis.

Sejak perang Lubnan pertama lebih dari tiga dekad lalu, pembunuhan warga Arab telah terjadi. IDF tidak berperang melawan tentera dan Hamas namun sasaran utama mereka yakni penduduk awam. Bangsa Arab seperti tidak mempunyai tujuan hidup, mereka dilahirkan seolah hanya untuk membunuh dan dibunuh, dan Zionis telah mensasarkan mereka untuk dihabiskan.

Hamas pun bersalah. Mereka meninggalkan masyarakat awam Gaza dan memfokuskan diri menyerang tentera Israel dari tempat-tempat bersembunyi. Mereka meninggalkan rakyat tidak bersalah semakin sengsara di garis sempadan. Namun tentu saja ini membuat kesalahan Israel semakin berlipat. Mereka menyerang rumah-rumah dan tak satu pun kumpulan Hamas berada di sana. Israel melontarkan mortar dengan penghuninya berada di dalam sana.

Pesara mayor jeneral Israel Oren Shachor memberikan komen paling kejam dan tak rasional.  
"Dengan membunuh warga mereka ini akan menakutkan Hamas," ujarnya
Ucapan enteng ini sama sekali tak mendapat respon bahkan dari polis dunia Amerika Syarikat sekalipun. Ucapan ini kejahatan paling terlihat dan mengenaskan.

Perang merupakan hal hina dalam peradaban manusia dan perang paling parah yakni perang tanpa tujuan. Ini yang kelihatan antara Gaza-Israel. Dunia jelas tak boleh membayangkan kengerian hidup di Gaza dan ketakutan dirasakan oleh 1.8 juta penduduknya. Jalur Gaza hanya satu contoh wilayah putus asa manusia.

Israel telah menyiapkan 1,000 tan bahan letupan dan tanda-tanda kemenangan mereka sudah hampir tercapai. Kematian bagi Arab. (din/IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails