oleh:
PENULIS KHAS
Perang di Syria hasilkan konflik tidak berkesudahan
PAS telah memecat Ustaz Mohd Lotfi Ariffin, yang
terlibat dalam konflik bersenjata di Syria, tindakan yang telah
mencetuskan pelbagai reaksi yang memandang negatif keputusan PAS itu. Lotfi
menyertai kumpulan militan dalam konflik bersenjata menentang
pemerintahan Syria yang dipimpin Presiden Bashar al-Assad, yang
sebenarnya masih lagi merupakan kerajaan Syria yang sah.
Pemerintah
Syria tidak dapat dinafikan ialah pemerintah yang zalim dan keras
terhadap rakyatnya, tetapi isu ini bukan hanya melibatkan hal dalaman
Syria tetapi berkait dengan hal ehwal serantau dan umat Islam yang lebih
luas.
Seperti pernah ditulis oleh Presiden PAS Datuk Seri Tuan
Guru Abdul Hadi Awang, walaupun rejim Bashar kejam, Damsyik juga
membantu gerakan Islam seperti Hamas dan Jihad Islami yang terlibat
dalam penentangan bersenjata terhadap rejim Zionis.
Tegas Ustaz
Abdul Hadi, isu Syria perlu ditangani dengan berhati-hati agar tidak
terjerat oleh perangkap Zionis, yang bermatlamat menghapuskan atau
mengurangkan ancaman kepada keselamatannya. Rejim Bashar membuka
pintu kepada Hamas selepas dihalau dari Jordan, dan pada masa sama
membantu membuka jalan untuk perbekalan senjata kepada Hamas, Hizbullah
dan Jihad Islami dalam memerangi Zionis.
Israel boleh mendapat
manfaat apabila Syria tidak dikuasai pemerintah yang berperanan membantu
kumpulan-kumpulan penentangnya, seperti peranan yang diambil oleh
Bashar sekarang ini, walaupun berdasarkan kepentingan-kepentingan
tertentu. Perkiraan melibatkan kepentingan gerakan Islam yang dilindungi dan dibantu oleh Syria juga isu yang penting perlu diambil kira.
Dalam
kalangan negara yang bersempadan dengan Israel, Syria satu-satunya
negara (selain Lubnan yang sebenarnya masih dikira berperang dengan
Israel) yang tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan negara Zionis
itu. Sekiranya rejim pimpinan Bashar jatuh, tidak dapat
dipastikan siapa yang akan mengambil alih pemerintahan, dan sama ada
konflik bersenjata akan terus berakhir dan keadaan kembali aman atau
terus merosot seperti yang dilihat di Iraq dan Afghanistan.
Konflik
bersenjata di Syria memburukkan keadaan, dengan mendedahkan rakyat
kepada lebih banyak kesengsaraan dan membuka jalan untuk lebih banyak
senjata dan orang luar masuk ke Syria. Seperti yang disaksikan
sekarang, keadaan di Syria semakin buruk dan telah melimpah hingga ke
Iraq. Pelarian pula membanjiri negara jiran seperti Turki dan Jordan.
Ramai
mungkin menyangka selepas Bashar dijatuhkan, pemerintah lain yang
mungkin gerakan Islam akan mengambil alih dan keadaan akan pulih, atau
mungkin kumpulan-kumpulan Islam akan gigih berperang dan selepas
selesai, kumpulan lain yang akan mengambil dan membolot kuasa. Realitinya, sukar untuk sebuah negara dilanda perang dapat kembali kekal aman. Inilah yang berlaku di Iraq dan Afghanistan.
Akhirnya,
konflik bersenjata di Syria hanya memburukkan lagi keadaan. Ramai yang
mati. Ratusan ribu hilang tempat tinggal, kanak-kanak hilang peluang
untuk mendapat pendidikan, dan Syria yang selama ini menjadi salah satu
destinasi tujuan umat Islam untuk menuntut ilmu semakin tidak selamat.
Penentangan
bersenjata di Syria telah terbukti menjerumuskan negara itu ke dalam
kancah yang membinasakan, sedangkan penentangan bersenjata bukan
satu-satunya pilihan yang ada. Akhirnya, suasana perang di sana
menyuburkan sikap dan sentimen oportunis, ektremisme dan perebutan kuasa
dalam kalangan kumpulan-kumpulan bersenjata, yang didorong oleh pihak
asing yang memberikan sokongan dalam bentuk senjata dan politik.
Syria akhirnya menjadi medan percaturan kuasa-kuasa luar yang kepentingan mereka membelakangi kepentingan rakyat tempatan. Inilah kesan akibat perjuangan bersenjata yang disertai oleh Lotfi dan ramai lagi dari Malaysia dan seluruh dunia. PAS pula, yang bergiat dalam medan politik Malaysia, turut merasai kesannya kerana dikaitkan dengan imej militan dan terorisme.
Selepas
peristiwa serangan 11 September, 2001 di Amerika Syarikat, perkembangan
semasa menunjukkan tanda-tanda isu militan dimainkan sekali lagi dan
dipalitkan kepada PAS. Umno dan sekutunya bakal mendapat manfaat
daripada isu ini apabila PAS terpalit dengan imej militan dan teroris,
pada masa sama ia sedang berusaha untuk melaksanakan hukum syariah yang
turut mengandungi hukum hudud yang menjadi perhatian ramai.
Ini
dapat diperhatikan melalui tindakan memberi liputan berterusan kepada
isu militan oleh akhbar-akhbar Utusan Malaysia dan Star, dan kaitan
dengan PAS telah pun dibuat melalui laporan penglibatan Lotfi. PAS
tidak dapat menjangka bagaimana reaksi dan persepsi orang ramai yang
membaca laporan ini, tetapi satu kemungkinan ialah mengaitkan
kecenderungan militan dengan PAS.
Penglibatan seorang ahli PAS
dengan kegiatan militan akan mendedahkan parti dengan implikasi yang
mendedahkan parti kepada risiko yang mungkin tidak dapat dijangka. Parti
tidak mengiktiraf tindakan mengangkat senjata, kerana PAS terlibat
dengan politik dengan cara aman melalui sistem yang diamalkan di negara
ini.
Penglibatan seorang ahli dan diketahui umum bakal menarik
yang lain untuk bersama mengangkat senjata di negara-negara berkonflik
dengan alasan berjihad.
PAS perlu menegaskan pendiriannya berhubung konflik tersebut dan berhubung penglibatan ahli dalam perjuangan bersenjata di sana.
PAS,
seperti yang dijelaskan melalui penerangan presiden parti, mempunyai
sudut pandang dan bacaan tersendiri terhadap konflik di Syria yang kini
telah merebak ke Iraq, berdasarkan maklumat dan penilaian yang sahih.
Tindakan
PAS sama sekali bukan kerana ahli tersebut terlibat menghantar bantuan
kepada rakyat Syria, tetapi kerana terlibat dalam mengangkat senjata dan
mendedahkan PAS kepada satu fitnah.- HARAKAHDAILY, 7/7/2014
11 comments:
PAS telah dikuasai oleh Syiah sebab tu PAS tutup mata aje pembunuhan rakyat Syria yang bermahzab Sunnah.
PAS telah dikuasai oleh Syiah sebab tu PAS tutup mata aje pembunuhan rakyat Syria yang bermahzab Sunnah.
PAS telah dikuasai oleh Syiah sebab tu PAS tutup mata aje pembunuhan rakyat Syria yang bermahzab Sunnah.
PAS telah dikuasai oleh Syiah sebab tu PAS tutup mata aje pembunuhan rakyat Syria yang bermahzab Sunnah.
PAS telah dikuasai oleh Syiah sebab tu PAS tutup mata aje pembunuhan rakyat Syria yang bermahzab Sunnah.
PAS telah dikuasai oleh Syiah sebab tu PAS tutup mata aje pembunuhan rakyat Syria yang bermahzab Sunnah.
PAS telah dikuasai oleh Syiah sebab tu PAS tutup mata aje pembunuhan rakyat Syria yang bermahzab Sunnah.
PAS telah dikuasai oleh Syiah sebab tu PAS tutup mata aje pembunuhan rakyat Syria yang bermahzab Sunnah.
PAS telah dikuasai oleh Syiah sebab tu PAS tutup mata aje pembunuhan rakyat Syria yang bermahzab Sunnah.
Pakcu ambil masa sikit untuk sama-sama berfikir dari apa yang berlaku di Mesir, Iraq dan Syria.
Umum telah ketahui bahawa tercetusnya bara-bara api sehingga terbakar nya 3 negara tersebut dalam kancah perperangan ialah bila mana ketidak puasan rakyat bangkit menentang pihak pemerintah disebabkan pandangan politik yang berbeza pada awalnya.
Kerapuhan perpaduan rakyat telah dimanipulasikan secara terancang oleh pihak musuh Islam hingga ianya membara menjadi kebencian yang akhir menyebabkan tindakan permusuhan timbul antara pemerintah dengan pembangkang diluar kawalan masing-masing. Sebenarnya inilah jerat yang dipasang oleh musuh Islam yang halus dan sukar dikesan melalui api politik.
Hal inilah yang menyebabkan pertumpahan darah miskipun sebelumnya kehidupan rakyat di 3 negara tersebut aman dah menjadi tumpuan umat Islam dalam mencari ilmu, perkongsian maklumat, perdagangan dan sebagainya. Maka semuanya telah bertukar menjadi debu.
Lalu perkara yang sama mungkin terjadi di Bumi ini kerana sudah ada tanda-tanda perpecahan antara kita sesama Islam dalam bidang politik hinggakan kesempatan ini diambil oleh "orang asing" yang secara tak sedar telah menyuntuk virus perang sesama Islam melalui cabang-cabang politik yang berlainan pandangan yang menjurus kearah tersebut melalui berbagai cara dan fitnah sesama sendiri. Walahualam.
Pakcu salah.
Punca krisis syria bukan perbezaan fahaman politik. Punca ialah apabila sekumpulan budak sekolah menulis secara suka2 'kami mahu jatuhkan kerajaan' ditembok kerana ikut2an krisis libya.
mereka ditangkap polis assad disiksa dan dibunuh. polis menyatakan jika nak mayat budak2 tu, serahkan ibu2 mereka supaya mereka rogol dan dpt anak baru.
rakyat sgt marah dan mula berhimpun dijalanan. tentera bashar membunuh ramai penunjuk perasaan dan bermulalah krisis syria.
rakyat syria dh lama tertekan kerana kuku besi assad. setiap penentang akan ditangkap siksa dan dibunuh hingga rakyat tidak berani bercakap melawan bashar walaupun seorg diri dlm bilik kerana takut dindind akan repot kpd bashar.
begitulah kejamnya kuku besi bashar. bila krisis membarah, bashar yg berfahaman syiah menjadikan fahaman syiah utk mendorong tentera syiah mereka menzalimi umat islam sunni.
umat sunni pernah dibunuh sekitar 40ribu org pada zaman hafiz assad dan tidak terbongkar melas kerana belum ada internet.
seseungguhnya semua kejadian itu sudah ditakdirkan Allah kerana logiknya rakyat takkan berani melawan bashar walaupun dgn sedikit ucapan sekalipun.
kemudian iran syiah masuk campur bersama hezbosyaitan russia dan china. maka konflik menjadi perang sunni syiah. doktrin syiah terus menzalimi umat islam sunni.
kuasa besar cuba menangguk diair keruh. mereka tidak gemar sgt pada bashar tapi bukan bermakna bashar baik. mereka cuba mencari kelompok mujahideen yg boleh dibeli dgn tawaran bantuan demi menegak demokrasi.
mereka gagal maka US tidak serius membantu sesiapa dan berlanjutanlah krisis syria.
bagaimanapun mujahideen lebih menguasai peperangan dgn bashar maka akhirnya musuh islam menguatkan puak ISIS(khawarij+sikit2 syiah dan pro saddam yg menyamar+mujahideen baru masuk islam yg dangkal)utk akhirnya menghalang jihad syria dan iraq.
maka mujahidee syria terpaksa menghadapi musuh yg berkulit mujahideen dpd khawarij ISIS yg lebih menentang mereka dpd menghapuskan bashar.
dan panjang lagilah ceritanya.
sumber yg paling tepat sila dgrkan apa kata ulamak2 syria dan timur tengah sendiri yg faham masalah mereka serta mujahideen2 syria yg sebenar sehingga kita tidak perlu memikirkan sgt teori konspirasi barat yg berbelit2 hingga akhirnya kita lupa akan.........darah umat islam yg dibunuh musuh, maruah wanita islam yg dirogol tentera kafir syiah dan pembunuhan org2 awam syria yg tidak bersalah.
jgn kita terikut2 arus memikirkan hanya konspirasi barat hingga akhirnya kita menyokog bashar dgn kepercayaan pemberontakan umat islam syria adalah hasil kerja barat, maka kita jgn sokong mereka tapi mesti terus sokong bashar yg laknat itu.
contoh amat mudah; seluruh ahli keluarga kita dibunuh dirogol disembelih oleh tentera kerajaan yg kejam, tiba2 kita bangkit utk menentang, tiba2 ada org berkata..'hei, jgn lawan kerajaan nanti kamu masuk perangkap barat'.
secara tidak langsug kita memang termasuk perangkap barat tp kekejaman bshar juga adalah belaan dpd barat yg membiarkan dia berkuasa lama dan kejam tanpa diganggu.
umat islam adakalanya tidak dapat lari dr terpaksa berperang kerana dizalimi. biarlah barat kata kita masuk perangkap mereka tp peperangan yg kita terlibat ini jika diizinkan oleh Allah, maka ia tetap jihad dan syahid jika terbunuh.
rela kah kita membiarkan anak isteri dirogol dibunuh kejam tanpa melawan semata2 kerana takut sgt masuk perangkap barat?
Post a Comment