Thursday, July 10, 2014

Isytihar Khilafah, Ulangi Tragedi Afghan Dan Iraq. - Presiden PAS



Presiden PAS Datuk Seri Abdul Abdul Hadi Awang berkata kumpulan bersenjata Islam yang kurang berilmu tetapi bersemangat lebih untuk berperang dengan mudah digunakan oleh Amerika dan Zionis untuk menjalankan misinya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 10 Julai, 2014. 
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Abdul Hadi Awang berkata kumpulan bersenjata Islam yang kurang berilmu tetapi bersemangat lebih untuk berperang dengan mudah digunakan oleh Amerika dan Zionis untuk menjalankan misinya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 10 Julai, 2014. 

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Abdul Hadi Awang menyifatkan pengisytiharan khilafah Islamiah oleh Isil sama dengan apa yang pernah berlaku di Afghanistan dan Iraq sebelum ini yang sebenarnya menjadi alat agen Amerika dan Zionis.

"Mula-mula dia biaya kumpulan itu untuk turut berperang. Lepas itu dia serang pula kumpulan itu," terang Abdul Hadi merujuk kepada pembiayaan sesetengah kumpulan bersenjata oleh agen Amerika di Afghanistan dan Iraq.

Beliau berkata demikian dalam satu pertemuan dengan beberapa pemimpin Arab dari Yemen dan seorang aktivis tempatan di rumahnya dekat Marang, Terengganu baru-baru ini. Ia kemudiannya dilaporkan oleh aktivis tempatan itu melalui tulisannya yang kini menjadi viral di dalam media sosial.

Menurut Abdul Hadi, kata catatan itu, kumpulan bersenjata Islam yang kurang berilmu tetapi bersemangat lebih untuk berperang dengan mudah digunakan oleh Amerika dan Zionis untuk menjalankan misinya. Apabila golongan yang tidak faham Islam ini berjuang, mereka akan kelihatan ganas dan jahat dengan tindakan-tindakan kejam yang tidak menepati syarak.

Kemudian ia dirakam secara terancang oleh media musuh. Selepas rakaman ini tersebar kepada masyarakat dunia (seperti video umat Islam menyembelih orang kafir), masyarakat mulai marah terhadap Islam yang sebenarnya bukan daripada ajaran Islam.

"Lalu Amerika dan konconya akan menawarkan diri sebagai hero untuk campur tangan ke dalam Iraq dan Afghanistan, dengan alasan memerangi pengganas," kata Abdul Hadi sebagaimana dicatatkan oleh penulis itu.

"Ikut mana pun kita mesti ada fiqh. Hendak solat kena ada fiqh, hendak puasa ada fiqh, haji, muamalah termasuklah politik dan jihad," tegas Abdul Hadi.

Isil – Islamic State of Iraq and the Levant – kini mengisytiharkan sebahagian Iraq dan Syria sebagai negara Islam. Menurut perisikan Malaysia, lebih 100 rakyat negara ini kini menyertai gerakan bersenjata di Iraq dan Syria melalui pelbagai pertubuhan yang berpecah antara satu sama lain.

Pada Mei lalu PAS memecat seorang ahlinya, Lotfi Ariffin kerana menyertai gerakan bersenjata di Syria. Lotfi yang secara terbuka mendedahkan aktivitinya di Facebook meletakkan jawatannya dalam Dewan Ulama PAS Pusat dan Dewan Ulama PAS Kedah sebelum dipecat oleh PAS.

PAS juga memberikan amaran kepada dua ahlinya kerana turut terlibat dengan kegiatan itu walaupun tidak menyertai gerakan bersenjata. Seorang ulama gerakan Islam dari Syria, Syeikh Usamah Rifaie, pemimpin Ikatan Ulama Syam, perang di Syria sudah lebih dari sekadar melawan kerajaan. Ia menjadi medan perang sesama umat Islam dari pelbagai negara, katanya. Beliau yang turut melawat Abdul Hadi ketika mendapat rawatan di Istanbul berkata, mereka tidak memerlukan rakyat Malaysia ke sana.

"Kami tidak berhajat kepada pertolongan rijal (tenaga perang). Adapun dalam bentuk kewangan dan kebajikan, maka ia tidak menjadi masalah," katanya. – 10 Julai, 2014. (TMI)

4 comments:

  1. Aku dah tulis dalam blog ISMA pasal ISIL ni. Kalau faham, itu lah hakikat nya.

    Kalau berjihad menentang musuh Allah, boleh sahaja. Jika jihad nya berbunuhan sesama Islam, fikir lah darkil asphal yang di nyatakan dalam Surah AnNisaa' pasal munafikun !

    Bersatu lah kita Melayu !

    ReplyDelete
  2. Bersatulah melayu lagilah mengarut. Sekarang ni takde satu jemaah pun yang benar-benar perjuangkan Islam. Disebabkan semua Jemaah tidak boleh dipercayai termasuklah PAS maka aku yang mengikut hadith Nabi menyuruh meninggal semua kelompok dan gigitlah akar sampai mati supaya kita tetap dengan pendirian.

    ReplyDelete
  3. jika imam mahdi muncul kelak

    90% ahli sunnah tak akan percaya imam mahdi.. perang dia adelah.. lagi giler

    jadi macam maner

    ReplyDelete
  4. jika imam mahdi muncul kelak

    90% ahli sunnah tak akan percaya imam mahdi.. perang dia adelah.. lagi giler

    jadi macam maner

    ReplyDelete