Gambar hiasan..
Georgetown: Berang kerana cubaannya merasuah anggota polis tidak
dilayan, seorang lelaki bertindak biadab apabila menurunkan tandatangan
dengan menulis perkataan lucah pada surat saman dikeluarkan terhadapnya
atas kesalahan melanggar lampu isyarat merah, kelmarin.
Dalam kejadian jam 9.50 pagi di Batu Feringghi, di sini, lelaki
berusia 41 tahun itu ditahan dua anggota polis selepas mendapati dia
tidak berhenti ketika lampu isyarat sedang merah. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Senior Asisten Komisioner
Mazlan Kesah mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.
Mazlan berkata, kedua-dua anggota polis terbabit sudah membuat
laporan di Balai Polis Batu Feringghi, kelmarin, berhubung tindakan
biadab lelaki berkenaan.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Puak-puak berserabut lucah ini, bila komen dalam weblog, tak boleh hujjah lawan hujjah, dia lawan dengan lucah! Berang kerana kalah dengan kebenaran! Siapa yang didik rakyat jadi lucah? Fikir-fikir le..
No comments:
Post a Comment